Jom Menjadi Rakan Blog Shakhanf... Daftar DI SINI.

Name:
Email Address:

form mail

Wednesday, July 8, 2009

Penyakit Diri Yang Menjadi Punca Kita Di Tahap Sederhana


Disini saya ingin berkongsi dengan sahabat berkenaan beberapa penyakit yang biasa ada dalam keperibadian kita yang melambatkan langkahan kita untuk berjaya.

1. MENYALAHKAN ORANG LAIN

Itu penyakit P dan K, iaitu Primitif dan Kekanak-kanakan. Menyalahkan orang lain adalah cara pemikiran orang primitif. Di pedalaman Afrika, kalau ada orang yang sakit, yang Dipikirkan adalah: Siapakah yang menyihirnya ? Selalu "siapa" Bukan "apa" penyebabnya. Bidang perubatan modern selalu mencari "apa" penyebabnya, bukan "siapa". Jadi kalau kita berpikir menyalahkan orang lain, itu sama dengan sikap primitif atau boleh juga diertikan sebagai kekanak-kanakan. Kenapa? Anak-anak selalu tidak pernah mahu disalahkan. Kalau ada piring yang jatuh,"Adik itu yang salah", atau sebagainya.Kalau kita manusia yang berakal dan dewasa selalu akan mencari sebab terjadinya sesuatu.

2. MENYALAHKAN DIRI SENDIRI

Menyalahkan diri sendiri bahawa dirinya merasa tidak mampu.
Anda pernah mengalaminya ? Kalau anda memberitahu tidak pernah, bererti anda bohong.

"Ah, orang itu boleh, orang itu kaya, orang itu dapat naik pangkat dan sebagainya, Lihat saya ini apa ?, wah saya tidak dapat jadi seperti dia. Dia punya ijazah, saya hanya diploma. Dia ada banyak waktu, saya sibuk, sudah pasti tidak boleh."

Penyakit ini seperti kanser, bertambah besar, besar di dalam mental diri sehingga boleh mencapai "improper guilty feeling". Penyakit ini sebenarnya perlahan-lahan boleh membunuh keperibadian kita. Kita sering membandingkan kejayaan orang lain dengan kekurangan kita, sehingga kejayaan orang lain dianggap WAJAR kerana mereka mempunyai sesuatu kelebihan yang kita tidak punya.

3. TIDAK PUNYA GOAL / CITA-CITA

Seringkali kita terpaku dengan kesibukan kerja, tetapi hala tujunya tidak jelas. Seeloknya kita selalu mempunyai target kerja dengan merancang milestone. Buat target jangka panjang dan jangka pendek secara bertulis.

4. MEMPUNYAI "GOAL", TAPI SALAH MENCAPAINYA

Biasanya dialami oleh orang yang tidak "teachable". Goalnya salah, fokusnya juga silap, laluannya terpesong, arahnya juga salah. Diibaratkan seorang yang mahukan kekayaan, lalu dia pergi merompak bank yang pengakhirannya di tangkap polis dan di penjarakan.

5. MENGAMBIL JALAN PINTAS, SHORT CUT

Sememangnya kejayaan tidak pernah dicapai dengan jalan pintas. Jalan pintas tidak membawa orang ke kejayaan yang sebenarnya, "real success", kerana tidak mengikuti proses. Kalau kita menghindari proses, kejayaan yang dicapai tidak sempurna.

6. MENGAMBIL JALAN TERLALU PANJANG, TERLALU SANTAI

Analoginya begini : Kapal terbang untuk membolehkannya take-off, harus mempunyai kecepatan minimum. Pesawat Boeing 737, untuk membuat take-off, memerlukan kecepatan minimum 300
km/jam. Jikalau kecepatan dia cuma 50 km/jam, manakan dapat untuk pesawat tersebut membuat take-off.

7. MENGABAIKAN HAL-HAL YANG KECIL

Kemahuannya yang besar, hebat, tetapi ha-hal kecil tidak diendahkannya. Jangan lupa bahawa struktur bangunan yang besar, pasti ada komponen yang kecilnya. Tidak wajar untuk kita perlekehkan hal-hal kecil demi kemahuan yang besar kerana secara profesionalnya tiada kesempurnaan dalam urusan tanpa menitikberatkan perkara-perkara yang kecil. Kesempurnaan itu datang apabila sesuatu perkara yang penting itu didahulukan dan yang kurang penting itu dikemudiankan tapi bukan ditinggalkan.

8. TERLALU CEPAT MENYERAH

Jangan berhenti kerja pada masa percubaan 3 bulan. Bukan membuat kesalahan menjadikan seorang itu gagal tetapi berhenti pada tempat yang salah itulah kegagalan. Jika kita membuat kesalahan, kita boleh memperbaikinya tetapi jika kita berhenti di tempat yang salah kita akan menyesal.

9. BAYANG-BAYANG MASA LALU

Kita selalu dipenuhi oleh memori kan? Apa yang kita lakukan, masuk memori kita, minimal sebagai pertimbangan kita untuk langkah kita berikutnya. Apalagi kalau kita pernah gagal, tidak berani untuk mencuba lagi. Ingatlah bahawa Orang yang berjaya, pasti pernah mengalalmi kegagalan. Jangan takut pada kegagalan tapi yang penting gunakan kegagalan sebagai anjakan ke arah kejayaan.

10. MENGHIPNOTIS DIRI DENGAN KEJAYAAN

Pernahkah anda dengar "Pseudo Success Syndrome". Kita dipukau dengan hal tersebut. Maksud yang ingin diperkatakan disini adalah kita mudah berpuas hati dengan pencapaian kita walhal kejayaan yang diperoleh adalah kecil. Bersifat qanaah itu penting dan tidak salah jika kita tanam sifat inginkan yang lebih baik untuk diri kita kerana itu juga dituntut dalam Agama Islam. Napoleon pernah menyatakan: "Saat yang paling merbahaya datang bersama dengan kemenangan yang besar". Itu saat yang paling merbahaya, kerana orang lupa dan mabuk dengan kemenangan. Jangan terjebak dengan goal-goal hasil yang kecil, kerana kita akan menembak sasaran yang besar, goal yang jauh. Jangan mudah berpuas diri, jangan jadi sombong, terus takabur.

"Kejayaan Adalah Milik Sesiapa Yang Berusaha."

Ilmu yang ada itu dikongsi,
Ilmu yang berkat itu dicari,
Tiada maksud untuk berbongkak diri,
Nyatanya semua yang ada di dunia adalah milik ILAHI.

Saya berkongsi dengan sahabat sekalian disamping mengingatkan diri saya terutamanya untuk kita sama-sama mengapai kejayaan di dunia dan akhirat. Insya-Allah.

Salam Ikhlas : shakhanf

No comments:

Post a Comment