Jom Menjadi Rakan Blog Shakhanf... Daftar DI SINI.

Name:
Email Address:

form mail

Wednesday, September 9, 2009

Tester First Grade Perfume

Tester Untuk First Grade Perfume.

Kami ada menyediakan tester utk kelapan-lapan jenis wangian First Grade Perfume dengan harga yang berpatutan yang mampu untuk dimiliki oleh para pembeli yang berminat.

Tester Flexible :
RM 10 ( 4 jenis wangian 'For Men' @ 'For Women' ) + RM 5 ( Kos Penghantaran).
Tester mengikut pilihan 'For Men' @ 'For Women'.
Tester wangian 0.5 ml setiap satu.

Tester Economic :
RM 20.00 ( 8 jenis wangian) + RM 5 ( Kos Penghantaran)
Tester untuk semua jenis wangian 'For Men' & 'For Women'.
Tester wangian 0.5 ml setiap satu.

Tester Advance :
RM 70.00 ( 8 jenis wangian) + RM 5 ( Kos Penghantaran).
Tester wangian untuk semua jenis wangian 'For Men' & 'For Women'.
Tester wangian 5 ml setiap satu.


Perhatian!! Tester ini hanya untuk sekali belian sahaja untuk setiap pelanggan.


Untuk Tempahan Sila Hubungi atau Emailkan kepada :


Shakir Hanafi
No.H/p : 019-9463538 / 017-9486998

Email : shakhanf@yahoo.com

(Tempahan adalah hanya untuk pengedar/wakil jualan sahaja.)


Untuk Belian Terus SILA 'Bank Inn' kepada :

Account Number : 01120000887206
MOHD SHAKIR BIN MOHD HANAFI



Accou
nt Number : 151584071008
MOHD SHAKIR BIN MOHD HANAFI


Setelah
Bank inn dibuat sila emailkan :
Nama, No. IC, No.Handphone, Nama Bank, Jumlah Bank inn, Tarikh, Masa, No.Transaksi dan Jumlah belian Produk


di email : shakhanf@yahoo.com

Penghantaran akan dibuat seberapa segera setelah pihak kami mendapat pengesahan pembayaran anda.

Amaran! Jangan cuba hantar maklumat palsu @ fraud statement. Segala respon positif anda amat dihargai.

Thursday, August 20, 2009

FIRST GRADE PERFUME (Metafora Wangian)















First Grade Perfume TOM's


Bauan yang agak kuat tapi romantik.
Bauan yang berspesifikasi ‘hygienic’.
Sejuk menusuk deria bau.
Menyegarkan dan mempesonakan.
Menenangkan pemikiran.
Melapangkan minda.
Mengambarkan keteguhan peribadi dan aspek penelitian.
Sesuai untuk aktiviti terbuka yang berbentuk semi pasif dan agresif .




First Grade Perfume E-NITY


Sesuai untuk semua golongan terutama lelaki.
Bauan yang tidak kuat tapi mewujudkan keselesaan.
Tidak ‘tajam’ menusuk ke deria bau.
Tidak memeningkan kepala.
Memberikan keyakinan diri dengan perlahan-lahan secara teguh.
Merehatkan minda.
Mengambarkan kehalusan sifat dan keinginan.
Sesuai untuk aktiviti pasif dan terbuka.




First Grade ONE


Bauan yang melambangkan keperibadian maskulin.
Bauan yang tidak terlalu 'tajam' tapi agak keras.
Membuatkan diri menjadi lebih yakin dan menyerlahkan keterampilan.
Bauan yang menyegarkan.
Agak menyengat menusuk ke deria bau tapi tidak terlalu tajam.
Mengambarkan keyakinan diri dan sentiasa bersemangat.
Sesuai untuk aktiviti lasak mahupun aktif di kerja lapangan.




First Grade DESIRE


Bauan yang mempesonakan dan romantik.
Bauan yang menyegarkan dan menceriakan mood si pemakai.
Wangian yang bersifat 'tajam' dalam diam.
Merehatkan minda dan merangsang daya penumpuan.
Bauan yang agak lembut dan tegas.
Melambangkan keperibadian yang tertib tapi berdisiplin.
Sesuai untuk aktiviti pra-aktif atau aktiviti terbuka.




First Grade ROMANCE


Wangian yang lembut halus.
Bauan yang seakan-akan bauan bunga ros di hujung harumannya.
Bauan yang ‘cool hygenic’.
Bauan menyegarkan dan merehatkan minda.
Bauan yang tidak 'tajam' tapi teguh menusuk ke deria bau.
Mengambarkan personaliti yang menarik dan menawan.
Menenangkan diri ketika dalam tekanan ‘self pra-stress’.
Sesuai untuk aktiviti terbuka yang berbentuk semi pasif dan agresif .




First Grade LOVE


Wangian yang berbau seakan manis ‘apple’.
Bauan yang menyegarkan secara ‘natural’.
Bauan yang tidak 'tajam' menusuk ke deria bau tapi mempesonakan.
Haruman yang memikat.
Mengambarkan keperibadian yang pandai mendorong dan lemah lembut.
Sesuai untuk aktiviti aktif mahupun pasif.




First Grade COOLS


Wangian yang berbau seakan kesegaran Limau ‘Tangerine’.
Wangian yang lembut mengharumkan menusuk ke deria bau.
Bauan yang mempesonakan tapi tegas.
Bauan yang menyegarkan.
Melambangkan keperibadian yang tertib dan tegas.
Menenangkan minda.
Sesuai untuk aktiviti agresif mahupun pasif.




First Grade CAPE GIRL


Wangian yang seakan ‘cool and mint’.
Bauan yang lembut dan halus.
Bauan yang tidak 'tajam' menusuk ke deria bau.
Bauan yang harum dan menyegarkan.
Melambangkan keperibadian yang bersemangat dan menarik.
Sesuai untuk aktiviti yang pra-aktif mahupun pasif.



Berdasarkan pemerhatian ketahanan perfume jenis ini adalah antara 8-10 jam bergantung kepada jenis aktiviti dan tindak balas kulit.


Perfume ini akan kekal keaslian bauannya selagi tidak ada tindak balas kimia yang terkena padanya seperti sabun atau sebarang cecair kimia.


Kualiti yang terjamin dan bermutu dengan keaslian bau tanpa campuran alkohol.


(P/S: Perungkaian yang dibuat adalah seperti mana yang saya bau dan kemudiannya ditafsirkan secara bentuk abstrak. Setiap gambaran atau abstrak bau yang dinyatakan adalah berdasarkan pemerhatian saya sendiri tanpa melibatkan mana-mana pihak.)

Monday, August 3, 2009

Wabak Selsema Babi- Influenza A (H1N1)

Salam Buat Sahabat semua...wabak selsema babi kini kian merebak di Malaysia.
Kini juga telah mula merebak di UTHM. Jadi saya harap sahabat-sahabat dapat meluangkan masa 5 minit sahabat untuk membaca artikel ini.

"Mencegah lebih Baik Dari Merawat."

Influenza A (H1N1)

ABSTRAK

Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) pada 24 April 2009 telah mengisytiharkan krisis kecemasan kesihatan antarabangsa ekoran merebaknya wabak Virus Influenza A (H1N1) (Selesema Babi atau Swine Flu) bagi memberi amaran wabak yang dianggap makin mencemaskan dan berpotensi untuk menjadi pusat ‘pandemik’ atau wabak yang akan merebak. Selesema babi yang disebarkan oleh manusia ini telah mencetuskan keadaan panik di seluruh dunia terutamanya di Mexico dan Amerika Syarikat (AS). Sehingga 6 Mei 2009, wabak ini telah mengorbankan 29 orang di Mexico, 2 orang di United State (US), 1786 orang telah disahkan dijangkiti dan lebih 4169 orang disyaki dijangkiti di seluruh dunia. Jumlah kematian dan mereka yang dijangkiti meningkat dari semasa ke semasa dan amat dikhuatiri merebak ke Negara ini.

PENGENALAN

Demam Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit sistem pernafasan (respiratory) yang biasanya ditemui dalam kawanan babi. Virus Influenza A (H1N1) atau demam babi ini biasanya berlegar dalam spesies babi sahaja dan tidak menjangkiti manusia. Namun jangkitan terhadap manusia telah berlaku dan penyebaran virus ini dalam kalangan manusia telah mula dikesan sejak tahun 1988.

Apakah Virus Influenza A (H1N1)?

Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.


Adakah Terdapat Jangkitan Demam Virus Influenza A (H1N1) di US?

Pada akhir Mac dan awal April 2009, beberapa kes jangkitan virus ini (H1N1) terhadap manusia telah dilaporkan di Southern California berdekatan San Antonio, Texas. Beberapa negeri lain di US juga telah melaporkan jangkitan yang sama pada manusia dan juga telah dilaporkan di peringkat antarabangsa. (Perkembangan terkini mengesahkan bilangan jangkitan virus di Amerika Syarikat boleh di dapati di http://www.cdc.gov/swineflu/investigation.htm. Pusat pencegahan dan kawalan penyakit (CDC - Centers for diseases control and prevention dan Jabatan serta agensi kesihatan sedang bekerjasama dalam menyiasat situasi ini).


Adakah Virus Ini Berjangkit?

CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.

Apakah Tanda-tanda dan Simptom Virus Influenza A (H1N1) Terhadap Manusia?

Simptom Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.

Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.


Bagaimanakah Selesema Burung Merebak?

Virus jenis A (H1N1) selesema burung ini dijangka akan merebak seperti mana virus selesema bermusim lain. Virus selesema ini biasanya disebarkan dari seorang ke seorang yang lain melalui batuk dan bersin mereka yang terkena jangkitan. Kadang-kadang seseorang itu boleh dijangkiti melalui barang yang disentuh dengan tangan dan kemudiannya menyentuh mulut dan hidung mereka.

Bagaimanakah Seseorang Yang Dijangkiti Selesema Menjangkiti Seorang Lain?

Seseorang yang dijangkiti mungkin boleh menjangkiti seorang lain bermula sehari sebelum simptom itu merebak hingga ke hari ke-7 selepas dijangkiti (sakit). Ini bermakna kita mungkin boleh menyebarkan virus ini sebelum mengetahui yang kita telah dijangkiti.


Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?

Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.

Adakah Terdapat Ubat Untuk Virus Influenza A (H1N1) Ini?

CDC menyarankan pengambilan ubat seperti oseltamivir atau zanamivir untuk merawat dan/atau mencegah jangkitan virus selesema babi ini. Ubat antiviral adalah ubat-ubatan berpreskripsi (pil, cecair ataupun ubat sedut) yang melawan virus dari terus membiak di dalam badan anda.

Jika anda jatuh sakit, ubat antiviral akan dapat melegakan dan membuat anda sihat dengan lebih cepat. Ia juga dapat mencegah dari komplikasi selesema yang lebih serius. . Untuk tujuan rawatan, ubat antiviral adalah lebih berkesan untuk diambil sebaik sahaja jatuh sakit (dalam dua hari selepas simptom).


Berapa Lama yang Diambil oleh Seseorang yang Dijangkiti dengan Selesema Burung Untuk Menyebarkan Kepada Orang Lain?

Mereka yang dijangkiti dengan virus ini boleh dikira sebagai pembawa virus selagi mereka di dalam simptom sehingga tujuh hari dari bermula sakit. Kanak-kanak, terutama anak-anak kecil berpotensi untuk dijangkiti untuk jangka masa yang lebih lama.

Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?

Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.

Berapa Lama Virus Tersebut Boleh Hidup Di Luar Badan?

Seperti yang diketahui sesetengah virus dan dapat hidup sehingga lebih dua jam di permukaan seperti meja kafeteria, tombol pintu dan meja. Membasuh tangan dengan kerap akan mengurangkan kesan pencemaran yang didapati dari permukaan-permukaan ini.

Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?

Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:


• Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.


• Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.


• Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.


• Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.

Apakah Cara Terbaik Untuk Mengelak Dari Menyebarkan Virus Melalui Batuk Dan Bersin?

• Jika anda sakit, hadkan pergaulan anda sebaik yang mungkin.
• Jangan pergi ke sekolah;
• Tutup mulut anda dengan tisu semasa batuk dan bersin. Ia boleh membantu mengelak orang-orang di sekeliling kamu dari jatuh sakit;
• Buangkan tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah;
• Tutup mulut anda semasa bersin dan batuk jika tiada tisu;
• Basuhlah tangan kamu setiap kali batuk dan bersin.


Apakah Teknik Terbaik Untuk Mencuci Tangan Dan Mengelak Dari Jangkitan Selesema?

Membasuh tangan dengan kerap akan membantu melindungi anda daripada kuman. Basuhlah dengan sabun dan air ataupun pembersih tangan berasaskan alcohol. Basuhlah tangan antara 15 ke 20 saat dengan air suam dan sabun. Jika tiada air dan sabun, tisu pakai buang berasaskan alcohol atau pembersih gel boleh digunakan. Ianya boleh didapati di kedai-kedai ubat dan pasar raya. Jika menggunakan gel, sapulah tangan anda sehingga gel itu kering. Alkohol di dalam gel tadi akan membunuh kuman dan ianya tidak memerlukan air untuk berkesan.


Apa Yang Perlu Saya Lakukan Jika Jatuh Sakit?

Jika anda tinggal di kawasan yang dikenal pasti wabak Virus Influenza A (H1N1) itu merebak dan mempunyai simptom-simptom demam selesema termasuk demam panas, sakit badan, selesema, sakit tekak, muntah mual dan cirit-birit, anda perlu berjumpa dengan doktor, terutamanya jika anda risau tentang simptom-simptom tadi. Doktor akan mengesahkan sama ada sebarang ujian atau rawatan adalah perlu.

Jika anda sakit anda perlu:-

• Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;
• Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit;

Untuk kanak-kanak tanda-tanda dan perlu dibawa untuk dirawat adalah seperti berikut:-

• Kesukaran bernafas dan pernafasan yang terlalu cepat;
• Warna kulit bertukar kebiru-biruan;
• Tidak minum air yang secukupnya;
• Tidak bangun dan berinteraksi;
• Tidak suka dipegang dan asyik merengek;
• Simptom seperti selesema dan pulih tetapi kemudiannya berulang bersama demam dan batuk yang lebih teruk;
• Demam dan beruam.


Bagaimana Seriusnya Jangkitan Virus Influenza A (H1N1) ini?

Seperti demam selesema yang lain, kesan selesema babi (Virus Influenza A) (H1N1) pada manusia adalah berbeza dari tahap sederhana ke tahap serius. Antara 2005 hingga Januari 2009, 12 kes jangkitan pada manusia tanpa kematian dikenal pasti di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun kesan dari selesema babi ini boleh menjadi serius. Pada September 1988, seorang wanita mengandung berumur 32 tahun dari Wisconsin dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru akibat selesema babi dan meninggal dunia 8 hari kemudian. Pada tahun 1976, wabak selesema babi dikesan di Fort Dix, New Jersey mengakibatkan lebih 200 kes serius dan satu kematian.


Bolehkah Saya Dijangkiti Melalui Memakan Dan Menyediakan Masakan Berasaskan Babi?

• Tidak.


Selesema babi tidak boleh merebak melalui makanan. Ianya tidak boleh dijangkiti melalui makanan dan produk berasaskan babi. Memakan produk berasaskan babi yang dimasak dan disediakan dengan sempurna.

TINDAKAN SERTA-MERTA KEMENTERIAN KESIHATAN

• Kementerian Kesihatan menguat kuasa serta-merta empat langkah pencegahan:-


i. Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia mengaktifkan Bilik Gerakan untuk membuat pemantauan situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) dengan pihak WHO bagi memastikan tindakan-tindakan proaktif diambil untuk melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia.


ii. Semua Pengamal Perubatan termasuk di sektor swasta yang merawat kes-kes yang mempunyai tanda-tanda atau gejala ‘influenza-like illness’ atau ‘severe pneumonia’ dan mempunyai sejarah melawat Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009 diminta untuk memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat dengan serta merta melalui telefon untuk tindakan pencegahan dan kawalan.


iii. Saringan tanda-tanda jangkitan Virus Influenza A (H1N1) di semua pintu masuk negara untuk pelawat atau warga Malaysia yang ada melawat ke negara Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009.


iv. Membuat kenyataan akhbar dari masa ke semasa situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) untuk maklumat orang awam di Malaysia dan langkah kawalan dan pencegahan yang diambil oleh Kerajaan.

• Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan pada Sidang Media pada 26 April 2009 mengenai wabak berkenaan amat berbahaya kerana ia tersebar melalui manusia bukannya haiwan seperti selesema burung atau ‘avian flu’ yang pernah melanda negara ini.

• Beliau bagaimanapun meminta rakyat negara ini supaya tidak panik kerana Kerajaan sentiasa berwaspada terhadap apa jua wabak yang boleh menyebabkan kematian.

• Pengawasan itu membabitkan pemeriksaan kesihatan terhadap orang ramai antaranya mereka yang menunjukkan tanda-tanda demam panas.

• Pengawasan di semua pintu masuk negara diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan wabak selesema babi dari merebak ke dalam negara terutama penumpang penerbangan dari luar negara termasuk AS.

• Orang awam yang ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan dengan wabak Virus Influenza A (H1N1) ini boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui talian 03-88810200 atau 03-88810300 pada waktu pejabat atau di laman web Kementerian http://www.moh.gov.my



Sumber : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
• Pusat Pencegahan dan Kawalan Wabak Amerika Syarikat (US Centers of Diseases Control and Prevention) atau CDC
• Akhbar-akhbar Utama Tempatan

Tuesday, July 21, 2009

Informasi Hangat...E-Book Dan Tabiat Membaca Di Malaysia.

Salam Perkhabaran buat sahabat...
Kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat semua tentang kelebihan dan kekurangan E-Book. Tahukah sahabat bahawa E-Book amat popular di Amerika Syarikat, Sweeden, Australia, Canada, German, Italy dan Jepun bermula tahun 1990-an lagi. Diorang memang selalu bergerak lebih cepat dari kita..Tapi jangan risau, kadang-kadang kereta yang mahal dan mewah pun ada yang rosak walaupun baru seminggu digunakan.
Dan kadang-kadang kuda yang sedang laju berlari akan terpelecok sebab kepenatan dalam larian.
Jadi jangan mengalah, jom kita sama-sama terus mengejar diorang dengan semangat dan kesungguhan.

Hmm berbalik kita dengan perbincangan mengenai E-Book tadi yer...hehe
Penggunaan E-Book oleh masyarakat barat terutamanya adalah amat popular kerana bagi mereka E-Book lebih senang untuk dibawa dan dibaca atau diakses di mana-mana.
Walaupun dengan kesibukan bekerja pada tahap dunia pertama, diorang masih tetap mempunyai hobi membaca kerana jelasnya membaca buku ilmiah yang berbentuk santai boleh mengurangkan tekanan kerja secara psikologinya.

E-Book mempunyai banyak kelebihannya tapi ada juga kelemahannya.
Tapi jika sahabat mempunyai hobi membaca buku berbentuk fizikal, saya sarankan kepada sahabat agar menambah dan mengembangkan lagi hobi membaca buku sahabat sekalian dengan menggunakan medium berbentuk fizikal dan elektronik dalam pembacaan.
Kualiti E-Book adalah setanding dengan buku berbentuk fizikal..Tapi tidak dinafikan ada juga E-Book yang kurang kualtiti dan bukankah hal sebegini juga wujud pada buku yang berbentuk fizikal? Jadi ia adalah sama dari segi penampilan dalamannya.
Apa yang penting, sahabat kena bijak dalam memilih dan menilai tahap kualiti E-Book dan juga buku melalui abstraknya.

E-Book tak boleh dibelek-belek macam buku tapi tidak memberatkan.
Malah anda boleh bawa 1000 judul E-Book dalam 'Pendrive' ketika anda ke pejabat mahupun belajar untuk mengisi masa rehat anda.

E-Book boleh disimpan dalam seberapa banyak salinan yang anda mahu.
Buku berbentuk fizikal adalah perlu untuk anda simpan di tempat yang betul agar tidak hilang mahupun rosak.

Sebenarnya perbezaan E-Book degang buku sejelasnya hanya dari segi medium kewujudannya iaitu E-Book bermediumkan elektronik sebaliknya buku adalah berbentuk fizikal. Dari segi isi kandungan dan pengolahan adalah sama kualitinya.
Jadi, tidak salah untuk kita mengembangkan minat membaca kita dengan menggunakan medium yang berbentuk eletronik. Apa yang utama adalah saranan kerajaan dalam menggalakkan masyarakat untuk sentiasa mengamalkan hobi membaca.

" Membaca adalah jalinan utama pengaliran ilmu."

Sunday, July 19, 2009

LUBUK DUIT..Jom kita Jana Pendapatan Sampingan.

Salam Sahabat,

FORMULA LUAR BIASA JANA PENDAPATAN!
Dapatkan sekarang dengan klik DISINI.

Saya ingin berkongsi pada sahabat semua tentang bagaimana untuk mencari duit sambil belajar...
Macam mana tu..??

Hmm cukup senang dan menguntungkan dan banyak yang anda akan tahu tentang penjanaan duit anda sama ada untuk 'short term' dan 'long term'.

Memang benar-benar berkesan dan saya sendiri akui kebenarannya.
Apa yang pasti, modal itu adalah utama..dan jika sahabat berminat untuk menjana wang demi masa depan sahabat secara lebih teratur dan maksimum..Sahabat berada di tempat yang betul untuk terus membaca apa yang saya perkatakan ini.

Malaysia kini sudah mula terkenal dengan perniagaan internet..memang betul-betul berhasil.
Bak kata orang "Makin mahir anda tentang computer dan internet makin cepat anda dapat menjana kewangan anda walaupun ketika masih bergelar pelajar mahupun mahasiswa."
Tapi bukan hal itu yang saya ingin tekankan.

Adakah sahabat inginkan rahsia-rahsia kekayaan dalam menjana kewangan dalam waktu yang singkat??

Sahabat saya, Mohd Nizam akan mendedahkan beberapa teknik
dan strategi kekayaan yang belum pernah didedahkan, antaranya:

[X] Bagaimana beliau menjana RM35,956.40 dalam 30 hari!

[X] Rahsia beliau membina 65,000 list prospek dalam
masa singkat!

[X] Bagaimana beliau menukarkan RM100 kepada RM500
dengan teknik rahsia Ini!

[X] Strategi yang beliau gunakan untuk menjana
RM435,200 dalam masa 7 bulan!

[X] Rahsia seorang surirumah menjana pendapatan
RM35,000 sambil menjaga 3 orang anak dirumah!


Jika sahabat inginkan saya bagi laporan-laporan berkenaan secara PERCUMA.
Jangan Lepaskan Peluang Ini.

Ianya adalah terhad kepada 1000 887 700 orang pertama sahaja.

Duit Cepat RM500 Sehari?

Wang Masuk Setiap Hari Ke Akaun.

Cukup berkesan TANPA memerlukan kerahan keringat dan masa yang banyak.


Cepat..!!! Jangan lepaskan peluang ini.
Jika sahabat berminat untuk mendapatkan FORMULA LUAR BIASA JANA PENDAPATAN!
sila klik DISINI.

Laporan secara percuma..Ya !! Benar.. ianya LAPORAN PERCUMA.
Jangan lepaskan peluang ini.

Sunday, July 12, 2009

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1) Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2) "BISMILLAH untukmu dan umatmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)

3) Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4) Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5) Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6) Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19. Ibnu Mas ' ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7) Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. "

8) Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Sabda Rasulluah, "siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada...."

Wednesday, July 8, 2009

EBook PERCUMA untuk sahabat semua.

Salam hormat;
============================================
Jika anda tiada masa nak baca celoteh saya, boleh terus download DISINI atau terus klik paparan disebelah kanan blog ini.
============================================
Sudah banyak ebook yang saya baca. Ada yang PERCUMA, ada yang berbayar. Yang berbayar ada yang kualitinya tak seberapa. Yang percuma, ada yang kualitinya mengalahkan yang berbayar.

Kini, khusus buat pembaca blog ini, saya ingin berkongsikan 3 (ya, TIGA!)buah ebook berbahasa Melayu. Adakah saya katakan ianya PERCUMA ?

Ya, ianya PERCUMA. ebook-ebook ini ditulis oleh IM tempatan yang tak berapa terkenal, RK.

Raja Kamil atau nickname online beliau RK, ada berkongsikan 3 buah ebook mengenai PENGALAMAN SEBENAR beliau menghasilkan duit secara online.

3 Ebook beliau ialah :
1. Ikan Kecil Ikan Besar - ebook berkaitan motivasi
2. Langkah mudah tukar sampah jadi duit - cara buat duit dengan barang2 rosak
3. 3 Cara Buat Duit Dengan Blog - dengan blog pun boleh buat duit? Tak pecaya?, Bacalah !!!

Download DISINI.

Saya rasa itu je kot. Tak nak ulas panjang-panjang, anda nilai lah sendiri :D

Sehingga berjumpa lagi...

Penyakit Diri Yang Menjadi Punca Kita Di Tahap Sederhana


Disini saya ingin berkongsi dengan sahabat berkenaan beberapa penyakit yang biasa ada dalam keperibadian kita yang melambatkan langkahan kita untuk berjaya.

1. MENYALAHKAN ORANG LAIN

Itu penyakit P dan K, iaitu Primitif dan Kekanak-kanakan. Menyalahkan orang lain adalah cara pemikiran orang primitif. Di pedalaman Afrika, kalau ada orang yang sakit, yang Dipikirkan adalah: Siapakah yang menyihirnya ? Selalu "siapa" Bukan "apa" penyebabnya. Bidang perubatan modern selalu mencari "apa" penyebabnya, bukan "siapa". Jadi kalau kita berpikir menyalahkan orang lain, itu sama dengan sikap primitif atau boleh juga diertikan sebagai kekanak-kanakan. Kenapa? Anak-anak selalu tidak pernah mahu disalahkan. Kalau ada piring yang jatuh,"Adik itu yang salah", atau sebagainya.Kalau kita manusia yang berakal dan dewasa selalu akan mencari sebab terjadinya sesuatu.

2. MENYALAHKAN DIRI SENDIRI

Menyalahkan diri sendiri bahawa dirinya merasa tidak mampu.
Anda pernah mengalaminya ? Kalau anda memberitahu tidak pernah, bererti anda bohong.

"Ah, orang itu boleh, orang itu kaya, orang itu dapat naik pangkat dan sebagainya, Lihat saya ini apa ?, wah saya tidak dapat jadi seperti dia. Dia punya ijazah, saya hanya diploma. Dia ada banyak waktu, saya sibuk, sudah pasti tidak boleh."

Penyakit ini seperti kanser, bertambah besar, besar di dalam mental diri sehingga boleh mencapai "improper guilty feeling". Penyakit ini sebenarnya perlahan-lahan boleh membunuh keperibadian kita. Kita sering membandingkan kejayaan orang lain dengan kekurangan kita, sehingga kejayaan orang lain dianggap WAJAR kerana mereka mempunyai sesuatu kelebihan yang kita tidak punya.

3. TIDAK PUNYA GOAL / CITA-CITA

Seringkali kita terpaku dengan kesibukan kerja, tetapi hala tujunya tidak jelas. Seeloknya kita selalu mempunyai target kerja dengan merancang milestone. Buat target jangka panjang dan jangka pendek secara bertulis.

4. MEMPUNYAI "GOAL", TAPI SALAH MENCAPAINYA

Biasanya dialami oleh orang yang tidak "teachable". Goalnya salah, fokusnya juga silap, laluannya terpesong, arahnya juga salah. Diibaratkan seorang yang mahukan kekayaan, lalu dia pergi merompak bank yang pengakhirannya di tangkap polis dan di penjarakan.

5. MENGAMBIL JALAN PINTAS, SHORT CUT

Sememangnya kejayaan tidak pernah dicapai dengan jalan pintas. Jalan pintas tidak membawa orang ke kejayaan yang sebenarnya, "real success", kerana tidak mengikuti proses. Kalau kita menghindari proses, kejayaan yang dicapai tidak sempurna.

6. MENGAMBIL JALAN TERLALU PANJANG, TERLALU SANTAI

Analoginya begini : Kapal terbang untuk membolehkannya take-off, harus mempunyai kecepatan minimum. Pesawat Boeing 737, untuk membuat take-off, memerlukan kecepatan minimum 300
km/jam. Jikalau kecepatan dia cuma 50 km/jam, manakan dapat untuk pesawat tersebut membuat take-off.

7. MENGABAIKAN HAL-HAL YANG KECIL

Kemahuannya yang besar, hebat, tetapi ha-hal kecil tidak diendahkannya. Jangan lupa bahawa struktur bangunan yang besar, pasti ada komponen yang kecilnya. Tidak wajar untuk kita perlekehkan hal-hal kecil demi kemahuan yang besar kerana secara profesionalnya tiada kesempurnaan dalam urusan tanpa menitikberatkan perkara-perkara yang kecil. Kesempurnaan itu datang apabila sesuatu perkara yang penting itu didahulukan dan yang kurang penting itu dikemudiankan tapi bukan ditinggalkan.

8. TERLALU CEPAT MENYERAH

Jangan berhenti kerja pada masa percubaan 3 bulan. Bukan membuat kesalahan menjadikan seorang itu gagal tetapi berhenti pada tempat yang salah itulah kegagalan. Jika kita membuat kesalahan, kita boleh memperbaikinya tetapi jika kita berhenti di tempat yang salah kita akan menyesal.

9. BAYANG-BAYANG MASA LALU

Kita selalu dipenuhi oleh memori kan? Apa yang kita lakukan, masuk memori kita, minimal sebagai pertimbangan kita untuk langkah kita berikutnya. Apalagi kalau kita pernah gagal, tidak berani untuk mencuba lagi. Ingatlah bahawa Orang yang berjaya, pasti pernah mengalalmi kegagalan. Jangan takut pada kegagalan tapi yang penting gunakan kegagalan sebagai anjakan ke arah kejayaan.

10. MENGHIPNOTIS DIRI DENGAN KEJAYAAN

Pernahkah anda dengar "Pseudo Success Syndrome". Kita dipukau dengan hal tersebut. Maksud yang ingin diperkatakan disini adalah kita mudah berpuas hati dengan pencapaian kita walhal kejayaan yang diperoleh adalah kecil. Bersifat qanaah itu penting dan tidak salah jika kita tanam sifat inginkan yang lebih baik untuk diri kita kerana itu juga dituntut dalam Agama Islam. Napoleon pernah menyatakan: "Saat yang paling merbahaya datang bersama dengan kemenangan yang besar". Itu saat yang paling merbahaya, kerana orang lupa dan mabuk dengan kemenangan. Jangan terjebak dengan goal-goal hasil yang kecil, kerana kita akan menembak sasaran yang besar, goal yang jauh. Jangan mudah berpuas diri, jangan jadi sombong, terus takabur.

"Kejayaan Adalah Milik Sesiapa Yang Berusaha."

Ilmu yang ada itu dikongsi,
Ilmu yang berkat itu dicari,
Tiada maksud untuk berbongkak diri,
Nyatanya semua yang ada di dunia adalah milik ILAHI.

Saya berkongsi dengan sahabat sekalian disamping mengingatkan diri saya terutamanya untuk kita sama-sama mengapai kejayaan di dunia dan akhirat. Insya-Allah.

Salam Ikhlas : shakhanf

Monday, July 6, 2009

Kualiti Diri Yang CEMERLANG





Ketulusan

Ketulusan menempati peringkat pertama sebagai sifat yang paling disukai oleh semua orang. Ketulusan membuat orang lain merasa aman dan dihargai kerana yakin tidak akan perbodoh atau dibohongi. Orang yang tulus selalu mengatakan kebenaran, tidak suka mengada-ada, pura- pura, mencari-cari alasan atau memutarbalikkan fakta. Prinsipnya "Ya diatas Hak dan Tidak diatas Batil".Tentu akan lebih ideal bila ketulusan yang selembut merpati itu diimbangi dengan kecerdikan seekor ular. Dengan begitu, ketulusan tidak menjadi satu punca secara intelektual yang akan merugikan diri sendiri.

Kerendahan Hati

Berbeza dengan maksud rendah diri yang merupakan kelemahan, kerendahan hati dalam erti lainnya adalah menjurus kepada satu bentuk kekuatan. Hanya orang yang kuat jiwanya yang mampu bersikap rendah hati. Ibarat resmi padi yang semakin berisi semakin tunduk. Orang yang rendah hati mudah untuk mengakui dan menghargai keunggulan orang lain. Ia mampu membuat orang yang diatasnya merasa serasi dan membuat orang yang di bawahnya tidak merasa dipandang rendah.

Kesetiaan

Kesetiaan kini menjadi satu sifat yang sangat tinggi harganya. Orang yang setia selalu dipercayai dan diyakini. Dia selalu menepati janji, berkomitmen tinggi, rela berkorban dan tidak suka khianat.

Berfikiran Positif

Orang yang bersikap positif (positive thinking) selalu berusaha melihat segala sesuatu dari kaca mata positif, bahkan dalam situasi yang buruk sekalipun. Dia lebih suka bercakap tentang kebaikan berbanding keburukan orang lain, lebih suka bicara mengenai harapan daripada keputusasaan, lebih suka mencari penyelesaian daripada berputus asa (kecewa), lebih suka memuji daripada mengugut, dan sebagainya.

Keceriaan

Konsep perkata 'keceriaan' tidak harus diertikan ekspresi wajah dan tubuh tapi sikap hati. Orang yang ceria adalah orang yang menghargai dan menikmati kehidupannya, tidak suka mengeluh dan selalu berusaha meraih kegembiraan. Dia berpotensi untuk menghibur dan mendorong semangat orang lain.

Bertanggungjawab

Orang yang bertanggungjawab akan melaksanakan kewajibannya dengan sungguh-sungguh. Kalau melakukan kesalahan, dia berani mengakuinya. Ketika mengalami kegagalan, dia tidak akan mencari kambing hitam untuk disalahkan. Bahkan kalau dia merasa kecewa dan sakit hati, dia tidak akan menyalahkan siapapun. Dia menyadari bahwa dirinya sendirilah yang bertanggung jawab atas apapun yang dialami dan dirasakannya.

Percaya Diri

Rasa percaya diri memungkinkan seseorang menerima dirinya seadanya, menghargai dirinya dan menghargai orang lain. Orang yang percaya diri mudah menyesuaikan diri dengan lingkungan dan situasi yang baru. Dia tahu apa yang harus dilakukannya dan melakukannya dengan baik.

Kebesaran Jiwa

Kebesaran jiwa dapat dilihat dari kemampuan seseorang memaafkan orang lain.Orang yang berjiwa besar tidak membiarkan dirinya dikuasai oleh rasa benci dan permusuhan. Ketika menghadapi masa- masa sukar dia tetap tegar, tidak membiarkan dirinya hanyut dalam kesedihan dan keputusasaan.

Sentiasa Terbuka

Orang yang bersikap terbuka menganggap hidup ini ringan. Dia tidak suka membesar-besarkan masalah kecil. Bahkan berusaha mengecilkan masalah-masalah besar. Dia tidak suka mengungkit masa lalu dan tidak pandang kepada perspektif negatif dengan masa depan. Dia tidak suka untuk memeningkan kepala dan stress dengan masalah-masalah yang berada di luar kemampuannya.

Sunday, July 5, 2009

Emosi..Wanita Dan Lelaki. Ketahui KELEBIHANNYA.












Manusia adalah makhluk yang beremosi. Secara umumnya kaum wanita lebih emosi berbanding lelaki. Ini bukanlah satu kelemahan, tetapi satu kelebihan. Melalui limpahan emosi inilah, wanita menjadi tonggak sebuah negara dengan kekuatan membesarkan anak-anak yang memerlukan ketabahan dan kesabaran yang tinggi.

Oleh kerana lelaki kurang beremosi, ia menghadapi kesukaran untuk menjadi suri rumah dan mendidik anak-anak di rumah. Namun, sebenarnya kurangnya emosi di kalangan kaum lelaki juga bukan tanpa kekurangan, malah satu kekuatan.

Sebagai pemimpin dalam keluarga, organisasi atau negara, lelaki adalah insan yang diberi amanah mentadbir dan diberi kuasa membuat keputusan. Sesuatu keputusan seharusnya dibuat tanpa mencampur-adukkan emosi ke dalamnya. Sun Tzu, seorang pakar strategi perang di China suatu ketika dahulu menyarankan agar seorang Jeneral perang melepaskan diri dari pengaruh emosi apabila hendak membuat sesuatu keputusan. Ini kerana jika seseorang berada dalam pengaruh emosi, persepsi terhadap sesuatu perkara akan terjejas. Ia tidak menggambarkan realiti sebenar.

Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud bahawa orang yang paling kuat adalah yang paling kuat menahan sifat marah. Marah adalah satu luahan emosi. Ia meletakkan nafsu di hadapan dan akal di belakang. Oleh itu, menahan kemarahan dikira sebagai satu kebijaksanaan oleh baginda.Begitulah perancangan Allah. Dia letakkan emosi pada lelaki dan wanita dalam kuantiti dan nisbah yang sempurna. Bersesuaian dengan tugas dan peranan mereka. Allah juga tidak menjadikan sesuatu perkara untuk menyusahkan, bahkan sebagai suatu kekuatan jika kita tahu cara menggunakannya. Allah berikan kita alat, terpulang kepada kita hendak menggunakannya dengan cara yang bagaimana.

Emosi kita ni macam kaca. Senang pecah. Rapuh.Oleh kerana kaca tu senang pecah, kena jaga selalu.Bila travel atau sedang dalam perjalanan, barang-barang diperbuat dari kaca kena di jaga rapi, dibungkus, diletak di tempat tinggi supaya tak mudah pecah sebab tertindih atau terhentak barang lain.Begitu juga dengan emosi kita.

Kena bijak menjaganya.Barang-barang kaca ni bila kita pandai menjaga, makin cantik dan kekal cantik selama ia dalam jagaan kita. untuk emosi kita kekal cantik@tampan, bersinar seperi kaca, kita juga kena pandai menjaga emosi.

Emosi kena digilap selalu.Cara nak menggilap emosi adalah dengan membersihkannya dengan lafaz istighfar, minta ampun pada Yang Maha Esa atas kesalahan-kesalahan lalu atau memberi kemaafan pada sesiapa jua yang Anda rasa bersalah pada Anda dari dulu sampai sekarang. Teknik lain, rajinkan diri selalu mengucap rasa bersyukur atas pemberian Tuhan pada diri Anda, ucapkan syukur atas apa saja.

Orang-orang cemerlang, salah satu sikap mereka adalah cekap mengawal emosi. Setiap kali minda diorang respon pada masalah atau dugaan, mereka tak cepat beremosi.Mereka menghadapinya dengan sabar. Dalam masa yang sama, mencana idea dan strategi untuk berusaha dengan kuat lagi.Masalah, cabaran dan dugaan, letak tepi dulu. Walaupun emosi kita ni macam kaca yang rapuh dan mudah pecah, namun ia boleh dijaga, digilap supaya berkilau.

Dengan itu, kita boleh membentuk peribadi cemerlang supaya kita boleh mencapai kejayaan dalam apa jua yang kita usahakan.Emosi orang cemerlang adalah emosi-emosi positif. Mereka bertenaga, ceria, selalu tersenyum, kaya dengan idea, berwawasan dan paling ketara, optimis.Mereka tahu emosi-emosi positif ini boleh pecah, boleh rapuh diancam oleh emosi-emosi negatif yang mungkin menyerang bila-bila masa.
"Senyuman adalah penceria suasana dan paling penting dengan senyuman mampu
menampakkan wajah anda 7 tahun lebih muda dari usia anda." :)

Zikrullah Menenangkan Hati Yang Gundah.

Di zaman penuh pancaroba ini, hati manusia sentiasa keluh kesah dengan pelbagai masalah dan ujian. Pelbagai usaha digunakan untuk mencari ketenangan jiwa. Ada yang ke panggung wayang, ada yang makan, ada yang tidur dan seribu satu macam cara lagi.

Namun, Islam sebenarnya telah ada formula penenang jiwa sejak 1400 tahun dahulu. Firman Allah swt dalam surah ar-Ra’d, ayat ke-28 maksudnya; dengan berzikir, hati menjadi tenang.
Mungkin ramai yang tidak mahu mengakui kuasa zikir lantaran kemampuan ‘fikir’nya yang tidak menjangkaui hal-hal ghaib. Allah menjanjikan ganjaran yang banyak kepada orang yang sentiasa membasahi lidahnya dengan zikir.

Sebagai perumpamaan, ucapan dua kalimah syahadah adalah lebih berat daripada seluruh isi dunia jika diletakkan di atas timbangan. Dengan menyebut nama-nama Allah dan sifat-sifatNya, seseorang akan diangkat darjatnya di sisi makhluk-makhluk Allah, dihapuskan dosa-dosa dan dijanjikan pahala yang melimpah ruah. Zikir juga merupakan perisai kepada syaitan dan jin.

Beza orang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir umpama orang yang hidup dan orang yang mati. Hal ini diungkap dalam salah satu hadith Nabi saw. Belum percaya? Cubalah sendiri. Mulakan dengan memaksa diri. Lama-kelamaan, mulut akan terbiasa dan akhirnya sertakan ucapan dengan hati (mengetahui makna dan fokus). Inilah yang disarankan oleh Imam Al-Ghazali hingga akhirnya beliau sendiri menemui Tuhannya. Satu langkah kita mendekati Allah, sepuluh langkah Allah mendekati kita. Apa yang lebih indah daripada mengenal Allah lebih rapat?

Kajian oleh pakar-pakar kesihatan mendapati orang yang bermeditasi meningkatkan gelombang theta dalam otak. Gelombang ini dipancarkan seseorang apabila berada dalam keadaan tenang. Bahkan meditasi dapat mengurangkan tekanan dan risiko penyakit jantung. Zikir juga merupakan satu bentuk meditasi, bahkan ia lebih daripada itu kerana Allah mengurniakan ganjaran pahala kepada mereka yang menyebut nama-Nya dengan ikhlas. Cubalah sendiri, anda pasti tidak menyesal!

Thursday, June 25, 2009

Hikmah Kebaikan Dalam Peristiwa..Secebis Buat Renungan.

Sahabat, saya harap anda dapat luangkan sedikit masa untuk membacanya..


Bak kata ahli cendikiawan; " Berfikiran positif adalah antara punca seseorang itu berjaya".
Sebenarnya, melihat kebaikan dalam segala hal merupakan ungkapan yang biasa. Dalam kehidupan kita sehari-hari, orang sering mengatakan, “Pasti ada kebaikan (hikmah) di balik kejadian ini,” atau, “Ini merupakan berkah dari Allah.”Biasanya, banyak orang mengucapkan ungkapan-ungkapan tersebut tanpa memahami erti sebenarnya atau semata-mata hanya mengikuti kebiasaan masyarakat yang tidak ada maknanya.

Kebanyakan mereka gagal memahami erti yang sebenarnya dari ungkapan-ungkapan tersebut atau bagaimana pemahaman itu dipraktikkan dalam kehidupan kita sehari-hari. Pada dasarnya, kebanyakan manusia tidak sadar bahawa ungkapan-ungkapan tersebut tidak sekadar untuk diucapkan, tetapi tersimpan pengertian yang penting dalam kejadian sehari-hari.

Kenyataannya, kemampuan melihat kebaikan dalam setiap kejadian, apa pun kedudukannya; baik yang menyenangkan mahupun tidak merupakan perlambangan moral yang penting, yang timbul dari keyakinan yang tulus kepada Maha Pencipta, dan pendekatan tentang kehidupan yang disebabkan oleh keimanan.

Orang yang beriman mengetahui bahawa peristiwa yang pada awalnya terlihat tidak menyenangkan, termasuk hal-hal yang disebabkan oleh tindakannya yang salah, pada akhirnya akan bermanfaat baginya.

Jika ia menyebutnya sebagai “kemalangan”, “kesialan”, atau “seandainya”, ini hanyalah untuk menarik pelajaran dari sebuah pengalaman. Dengan kata lain, orang yang beriman mengetahui bahawa ada kebaikan dalam apa pun yang terjadi. Ia belajar dari kesalahannya dan mencari cara untuk memperbaikinya.

Sabda Nabi saw ;
“Aku mengagumi seorang mukmin karena selalu ada kebaikan dalam setiap urusannya. Jika ia mendapatkan kesenangan, ia bersyukur (kepada Allah) sehingga di dalamnya ada kebaikan. Jika ditimpa musibah, ia berserah diri (dan menjalankannya dengan sabar) bahwa di dalamnya ada kebaikan pula.”
(Hadith Riwayat Muslim)

Hanya dalam kesedaran bahawa Allah menciptakan segalanya untuk tujuan yang baik sajalah hati seseorang akan menemukan kedamaian. Adalah sebuah keberkahan yang besar bagi orang-orang beriman bila ia memiliki pemahaman akan kenyataan ini. Seseorang yang jauh dari Islam akan menderita dalam kesengsaraan yang berkelanjutan. Ia terus-menerus hidup dalam ketakutan dan kekhawatiran. Di sisi lain, orang beriman menyedari dan menghargai kenyataan bahawa ada tujuan-tujuan Ilahiah di balik ciptaan dan kehendak Allah.

Di dalam Al-Qur`an, hal ini disebutkan,
“Dan manusia mendoa untuk kejahatan sebagaimana ia mendoa untuk kebaikan. Dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa.”
(al-Israa`: 11)

Hakikatnya, sebagai hambaNya harus berusaha melihat kebaikan dan maksud Ilahiah dalam setiap kejadian yang disandarkan Allah di depan mata kita. Kerana alasan itulah, yang harus dilakukan oleh orang yang ingin menyerahkannya pada takdir Allah. Sedarlah bahawa bertawakal kepada Allah adalah menerima setiap kejadian itu walau apa pun namanya dengan besertakan keyakinan pastilah ada kebaikan di dalamnya dan kemudian menerimanya dengan senang hati.

"Selami hati kita dengan berhikmah dan bijaksana, pasti akan terserlah mutiaranya pada penampilan kita."

( saya ingatkan diri saya terutamanya dan berpesan pada para sahabat yang mulia )

Nukilan : shakhanf

Sejauh mana Kita BERSYUKUR..??


Saban masa dan ketika kita menikmati kurniaan ALLAH. Setiap detik dan saat sejak kita dilahirkan hinggalah dewasa ini, kita tidak putus-putus dikurniakan dengan pelbagai nikmat. Lantaran ianya berlaku saban masa dan menjadi sesuatu yang lumrah, lantas kita tidak perasan dan menghiraukannya. Kita seolah-olah terlupa bahawa ia adalah hadiah dan kurniaan ALLAH kepada kita. Begitulah perangai kita yang tak ubah seperti kacang lupakan kulit.

Sesuap nasi yang kita makan, setiap teguk air yang kita minum, setiap zarah udara yang kita sedut bahkan setiap pandangan yang kita lihat adalah kurniaan Allah. Tanpa kurniaan ini, kita tidak dapat mengunyah makanan atau meneguk minuman atau menyedut udara di sekeliling kita. Selagi kita hidup di mukabumi ini kita tidak sunyi dari menerima kurniaan ini. Begitulah penyayangnya ALLAH yang bersifat dengan Ar-RAHMAN. ALLAH menganugerahkan kurniaanNya kepada semua makhluk, sama ada yang taat kepadaNya atau sebaliknya. Maka mengapa kita mesti mendustakan kurniaan ini? ALLAH masih sayang kepada hamba-hambaNya meskipun terlalu ramai yang tidak bersyukur di atas nikmat-nikmat itu. Sebanyak 31 kali di dalam Al-Quran, Allah mengulangi ayat di bawah sebagai amaran dan ingatan kepada kita supaya menilai semula sejauh mana kesyukuran kita terhadap nikmatNya.


(Yang mana satu di antara nikmat Tuhan yang kamu dustakan?)

Sebagai makhluk Allah, kita sewajibnya berasa prihatin atas kurniaan ini lalu mensyukuri atas segala nikmat tersebut. Rakaman kesyukuran bukanlah setakat mengucapkan 'alhamdulillah'. Ianya mesti dibuktikan dengan tindakan berdasarkan prinsip 'amal makruf, nahi munkar' atau buat yang disuruh dan tinggalkan yang dilarang. Ini dilakukan setiap masa secara konstan dan terus-menerus.

Malangnya terdapat ramai manusia yang lupa daratan dan lupa akan segala kurniaan ALLAH. Ramai yang tidak mendirikan solat dan segala amalan yang disuruh. Sebaliknya ramai pula yang engkar dan menentang suruhanNya dengan melakukan pelbagai jenis kemaksiatan. Allah Maha Mengetahui bahawa ramai di antara hambanya yang tidak bersyukur, seperti dalam firmanNya:


(Sangat sedikit daripada hamba-hambaKu yang bersyukur)

Kesimpulannya, sebagai menunjukkan rasa berterima kasih kita kepada ALLAH, kita hendaklah sentiasa mengabdikan diri kepada ALLAH dengan segala bentuk amalan ibadat di samping kita meninggalkan kerja-kerja maksiat. Semoga kita termasuk dalam golongan hamba-hambaNya yang bersyukur dan rahmat-Nya sentiasa disamping kita. Insya-Allah.


Peribadi Pelajar yang Cemerlang



Optimistik.
Pelajar yang cemerlang sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan. Keyakinan ini akan memberi suntikan semangat dalaman pada diri anda sendiri. Katakan 'aku BOLEH!'

Jangan bersikap pesimistik.
Pelajar cemerlang tidak bersikap pesimistik iaitu sentiasa putus harapan dan mengalah sebelum mula berjuang. Jangan lemahkan semangat anda sendiri. Jangan meramalkan kekalahan sebelum mula berperang. Kalau anda tidak mencuba maka kekalahan sebenarnya sudah pasti dalam tangan. Belum cuba belum tahu.

Kesedaran memikul tanggungjawab.
Pelajar yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada masa akan datang. Maruah keluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang bergantung pada generasi remaja masa kini. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang sedar hakikat ini. Pelajar yang menyedari hakikat ini sudah pasti akan berusaha lebih gigih agar matlamat tersebut tercapai.

Tumpuan sepenuh hati.
Pelajar yang cemerlang memerikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru di kelas. Sikap main-main sambil belajar adalah sikap pelajar yang kurang berjaya. Pelajar yang suka bermain-main dalam kelas semasa guru mengajar adalah pelajar yang bakal menjadi orang yang dipermainkan oleh golongan 'terpelajar' pada suatu masa kelak. Malah lebih malang kalau suatu hari nanti mereka dipermainkan oleh golongan tidak terpelajar seperti mereka sendiri.

Mulakan dari awal.
Pelajar yang cemerlang membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan yang sebenarnya. Persediaan awal akan membezakan pelajar yang berjaya dengan yang gagal. Persediaan awal ini termasuklah mengadakan ulangkaji, berbincang dengan rakan-rakan, meminta nasihat guru, meneliti buku-buku model jawapan dan sebagainya lagi. Jangan jadi 'bidan terjun' ke dewan peperiksaan.

Sentiasa bersedia.
Pelajar yang cemerlang sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya). Pelajar yang berjaya ialah pelajar yang sanggup dan mampu menghadapi peperiksaan bila-bila masa sahaja. Bersediakah anda andainya peperiksaan diadakan esok? Pelajar cemerlang akan berkata 'Ya!' Kalau anda peminat 'The Rock' anda akan berkata 'Just bring it on..!'

Baca akhbar.
Pelajar yang cemerlang membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan. Secara khususnya ini merujuk kepada isu-isu am dan rencana ilmiah dan bukan ruangan gossip atau artis.

Sanggup manghadapi cabaran.
Pelajar yang cemerlang perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah. Rayuan kekasih atau buah hati juga kadangkala merupakan dugaan yang maha hebat. Pandai-pandailah membawa diri.

Doa.
Pelajar yang cemerlang sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.

Tawakkal.
Pelajar yang cemerlang berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.

Wednesday, June 24, 2009

Kenali Diri Anda Melalui Bulan Kelahiran


JANUARI

Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
Pandai mengambil hati orang lain.
Pendiam kecuali telah dirangsang.
Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
Cukup sayang pada kanak-kanak.
Suka duduk di rumah.
Setia pada segala-galanya.
Perlu belajar kemahiran bersosial.
Sifat cemburu yang sangat tinggi.

FEBRUARI

Berfikiran abstrak.
Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
Bijak dan pintar
Berpewatakan yang mudah berubah.
Mudah menawan orang lain.
Agak pendiam.
Pemalu dan rendah diri.
Jujur dan setia pada segalanya.
Keras hati untuk mencapai matlamat.
Tidak suka dikongkong.
Mudah memberontak apabila dikongkong.
Suka kegiatan yang lasak.
Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
Mudah mempamerkan marahnya.
Tidak suka benda yang remeh-temeh.
Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
Sangat berani dan suka memberontak.
Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
Pemerhatian yang tajam.
Suka hiburan dan sukan.
Suka benda yang bersifat seni.
Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
Belajar untuk mempamerkan emos.

MAC

Berpesonaliti menarik dan menawan.
Mudah didampingi.
Sangat pemalu dan pemendam rasa.
Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
Suka pada kedamaian.
Sangat peka pada orang lain.
Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
Tidak cepat marah dan sangat amanah.
Tahu membalas dan mengenang budi.
Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
Suka berangan-angan.
Suka melancong.
Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
Kelam kabut dalam memilih pasangan.
Suka dengan hiasan rumahtangga.
Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan.

APRIL

Sangat aktif dan dinamik.
Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
Punya daya mental yang sangat kuat.
Suka diberi perhatian.
Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
Sangat berani dan tiada perasaan takut.
Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
Emosi cepat terusik.
Cuba kawal perasaan.
Kecenderungan bersifat pendendam.
Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
Kuat daya ingatan.
Gerak hati yang sangat kuat.
Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
Sangat cemburu dan terlalu cemburu.

MEI

Keras hati & tegas.
Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
Pemikiran yang tajam.
Mudah marah apabila tidak dikawal.
Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
Perasaan yang amat mendalam.
Cantik dari segi mental & fizikal.
Tidak perlu dimotivasikan.
Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
Mudah dipujuk.
Bersikap sistematik (otak kiri).
Suka berangan.
Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
Daya khayalan yang tinggi.
Permikiran yang tajam.
Pandai berdebat.
Fizikal yang baik.
Kelemahan sistem pernafasan.
Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
Tidak berapa suka duduk di rumah.
Tidak boleh duduk diam.
Tidak punya ramai anak.
Rajin dan bersemangat tinggi.
Agak boros.

JUN

Berfikiran jauh & berwawasan.
Mudah ditawan kerana sikap baik.
Berperangai lemah lembut.
Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
Idea yang terlalu banyak di kepala.
Bersikap sensitif.
Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
Bersikap suka menangguh-nangguh.
Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
Cepat marah & cepat sejuk.
Suka bercakap & berdebat.
Suka buat lawak & bergurau.
Otaknya cerdas berangan-angan.
Mudah berkawan & pandai berkawan.
Orang yang sangat tertib.
Pandai mempamerkan sikap.
Mudah kecil hati.
Mudah kena selsema.
Suka berkemas.
Cepat rasa bosan.
Sikap terlalu memilih & cerewet.
Kurang mempamerkan perasaan.
Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
Suka pada barang yang berjenama.
Mudah menjadi eksekutif.
Kedegilan yang tidak terkawal.
Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

Sangat suka didamping.
Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
Agak pendiam kecuali dirangsang.
Ada harga dan maruah diri.
Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
Sangat menjaga hati orang lain.
Sangat peramah.
Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
Berjiwa sentimental.
Jarang berdendam.
Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
Tidak suka benda remeh-temeh.
Membimbing cara fizikal dan mental.
Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
Layanan yang serupa terhadap semua orang.
Tinggi daya simpati.
Pemerhatian yang tajam.
Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
Mudah dan rajin belajar.
Suka muhasabah diri.
Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
Suka mendiamkan diri.
Suka duduk di rumah.
Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
Tidak agresif kecuali terpaksa.
Lemah dari segi kesihatan perut.
Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
Minta disayangi.
Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
Terlalu mengambil berat.
Rajin dalam membuat kerja.

OGOS

Suka berlawak.
Mudah tertawan padanya.
Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
Berani dan tidak tahu takut.
Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
Pandai memujuk orang lain.
Terlalu pemurah & bersikap ego.
Nilai harga diri yang sangat tinggi.
Dahagakan pujian.
Semangat juang yang luar biasa.
Cepat marah & mudah mengamuk.
Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
Sangat cemburu.
Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
Cepat berfikir.
Fikiran yang berdikari.
Suka memimpin & dipimpin.
Sifat suka berangan.
Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
Belajar untuk bertenang.
Sikap kelam kabut.
Romantik, pengasih dan penyayang.
Suka mencari kawan.

SEPTEMBER

Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
Sangat cermat, teliti & teratur.
Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
Pendiam tapi pandai bercakap.
Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
Sangat sensitif yang tidak diketahui.
Orang yang banyak berfikir.
Daya pentaakulan yang baik.
Otak bijak & mudah belajar.
Suka mencari maklumat.
Kawal diri dari terlalu mengkritik.
Pandai mendorong diri sendiri.
Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
Suka sukan, hiburan & melancong.
Kurang menunjukkan perasaannya.
Terluka hatinya sangat lama disimpan.
Terlalu memilih pasangan.
Sukakan benda yang luas.
Bersistematik.

OKTOBER

Suka berbual.
Suka orang yang sayang padanya.
Suka ambil jln tengah.
Sangat menawan & sopan santun.
Kecantikan luar & dalam.
Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
Sentiasa berkawan.
Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
Cepat marah.
Macam pentingkan diri sendiri.
Tidak menolong orang kecuali diminta.
Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
Tidak suka terima pandangan orang lain.
Emosi yang mudah terusik.
Suka berangan & pandai bercakap.
Emosi yang kelam kabut.
Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
Suka melancong, bidang sastera & seni.
Pengasih, penyayang & lemah lembut.
Romantik dalam percintaan.
Mudah terusik hati & cemburu.
Ambil berat tentang orang lain.
Suka kegiatan luar.
Orang yang adil.
Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
Mudah patah semangat.

NOVEMBER

Banyak idea dalam perkara.
Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
Berfikiran kehadapan.
Berfikiran unik dan bijak.
Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
Pemikiran yang tajam.
Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
Sesuai jadi seorang doktor.
Cermat dan teliti.
Personaliti yang dinamik.
Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.Terlalu degil dan keras hati.
Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
Tak suka marah kecuali digugat.
Mudah ambil berat terhadap orang lain.
Pandai muhasabah diri.
Cara berfikir yang lain dari orang lain.
Otak yang sangat tajam.
Pandai mendorong diri sendiri.
Tidak hargai pujian.
Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
Cuba sampai berjaya.
Badan yang sasa.
Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
Suka duduk di rumah.
Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
Bercita-cita tinggi.
Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.

DISEMBER

Sangat setia dan pemurah.
Bersifat patriotik.
Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
Bercita-cita tinggi.
Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
Seronok bila didampingi.
Suka bercampur dengan orang.
Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
Tidak pandai berpura-pura.
Cepat marah.
Perangai yang mudah berubah-ubah.
Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
Benci pada kongkongan.
Suka berlawak.
Pandai buat lawak dan berfikiran logik.