Jom Menjadi Rakan Blog Shakhanf... Daftar DI SINI.

Name:
Email Address:

form mail

Monday, July 11, 2011

Golongan Yang Didoakan oleh Para Malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."


2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"


3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."


4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."


5. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"


6. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."


7. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."


8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"


9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "


10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."


11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Sama-sama kita sebarkan dan khabarkan kepada teman-teman dan sahabat-sahabat. Insya-Allah. :)

Fakta Kesihatan... Satay, Udang, koayteow dsb.

Produk Pengguna dan Makanan yang signifikan mendatangkan kanser.

1.Jika anda makan satay....jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.

2.Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C !!. Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3.Barah -akibat penggunaan bahan dalam shampoo.Balik rumah dan pergi periksa.Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS.Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka.

4.Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah mee segera, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor.Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax keatas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS).Beberapab tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari.Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah.Barahnya disebabkan wax dalam mee segera.Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan.

Fakta ini diperoleh melalui rakan dalam email. Walaupun kajian perinci masih dijalankan untuk mengenalpasti tahap risiko berkaitan semua punca-punca bahan ini adalah dinasihatkan untuk kita semua ambil langkah berjaga-jaga untuk kesihatan diri sendiri. Jadilah pengguna bijak dan prihatin !

Senyum Pagi... Selamat Bekerja Untuk Semua

Assalamualaikum teman-teman pembaca, hari ni saya berkesempatan untuk berceloteh pagi..
Suka untuk saya berpesan-pesan kepada para sahabat. Dalam mencari rezeki jangan kita lupa bahawa setiap apa yang direzekikan tu akan lebih berkat jika ianya diasaskan ke jalan agama(niat kerana Allah untuk setiap perkara yang baik).


" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'


Senyum Pagi ni saya sertakan untuk menceriakan hati sahabat-sahabat...Jangan lupa senyum di awal pagi. (Selamat membaca) :)


Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kulai.

Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”.

Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.

Cikgu Ajoi : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.

Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab & berdiri).

Cikgu Ajoi : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”.

Taufik : “Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..”.

Cikgu Ajoi : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”.

Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh…”.

Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.

Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.

Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.

Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.

Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”.

Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.

Cikgu Ajoi : “Dian ada abang di sekolah ini?”.

Dian : “Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3.”

Cikgu Ajoi : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.

Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…

Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN”

Cikgu Ajoi :@$%&#^%

Wednesday, July 6, 2011

Salam ke Langkah Baru... Selepas lama blog ini menyepi.

Salam sahabat salam cemerlang,
Buat rakan-rakan pembaca yang secara langsung atau tidak langsung ke blog ini. selepas setahun menyepi dari menulis blog kerana terlalu tumpukan kepada kerjaya.. Dulu selepas tamat pengajian di universiti aku banyak menghabiskan masa aku untuk mencari kerjaya yang tetap. Alhamdulillah berkat sokongan keluarga,saudara mara, orang tersayang dan sahabat handai akhirnya aku mendapat pekerjaan tetap seperti yang aku harapkan. Rasa hati ini mampu untuk sedikit senyum dalam melangkah ke alam kehidupan yang penuh mencabar. Bagi yang belum dapat kerja dan masih tercari-cari kerja aku doakan agar kalian dapat kerja secepat mungkin seperti yang diimipikan. Jangan mengalah dan jangan berhenti berusaha... Biar keluar peluh JANTAN sekalipun teruskan usaha. Insya-Allah dipermudahkan Allah urusan kita semua.

Aku sertakan di sini link untuk mencari peluang kerja kosong "KLIK". SELAMAT MAJU JAYA.

Untuk ruangan blog ini aku akan isikan apa jua bentuk info-info yang aku rasakan menarik, yang membina dan segala macam idea bagi dikongsikan kepada para pembaca yang mencelah sama ada untuk sedetik atau pun berjam-jam menyelongkar secara sengaja mahupun tidak sengaja ataupun buat-buat tidak sengaja..hehe

Inilah blog peribadiku yang akan aku ketengahkan segala info-info yang aku rasakan perlu untuk kita menjadi seorang manusia sebenar-benar manusia (ayat poyo sket..hehe).

Okeylah..untuk kali ini aku tak nak berceloteh panjang cukup sekadar mengucapkan salam perkenalan dan salam pertemuan setelah sekian lama aku menyepi..

Sehingga berjumpa lagi di arena penulisan ini...
Salam perjuangan dan salam semangat untuk sahabat-sahabat semua.


"Jangan mudah mengalah selagi kita belum kenal sebetulnya tentang diri kita. Apa yang penting selami diri dan ketahui kemampuan diri..Bangkit dan mulakan langkah baru yang lebih yakin dan kukuh.Ingat!! Tumbang sekali sebenarnya adalah untuk kita bangun dari terjaga bukan bermakna membuktikan yang kita kalah selamanya."