Jom Menjadi Rakan Blog Shakhanf... Daftar DI SINI.

Name:
Email Address:

form mail

Thursday, June 25, 2009

Hikmah Kebaikan Dalam Peristiwa..Secebis Buat Renungan.

Sahabat, saya harap anda dapat luangkan sedikit masa untuk membacanya..


Bak kata ahli cendikiawan; " Berfikiran positif adalah antara punca seseorang itu berjaya".
Sebenarnya, melihat kebaikan dalam segala hal merupakan ungkapan yang biasa. Dalam kehidupan kita sehari-hari, orang sering mengatakan, “Pasti ada kebaikan (hikmah) di balik kejadian ini,” atau, “Ini merupakan berkah dari Allah.”Biasanya, banyak orang mengucapkan ungkapan-ungkapan tersebut tanpa memahami erti sebenarnya atau semata-mata hanya mengikuti kebiasaan masyarakat yang tidak ada maknanya.

Kebanyakan mereka gagal memahami erti yang sebenarnya dari ungkapan-ungkapan tersebut atau bagaimana pemahaman itu dipraktikkan dalam kehidupan kita sehari-hari. Pada dasarnya, kebanyakan manusia tidak sadar bahawa ungkapan-ungkapan tersebut tidak sekadar untuk diucapkan, tetapi tersimpan pengertian yang penting dalam kejadian sehari-hari.

Kenyataannya, kemampuan melihat kebaikan dalam setiap kejadian, apa pun kedudukannya; baik yang menyenangkan mahupun tidak merupakan perlambangan moral yang penting, yang timbul dari keyakinan yang tulus kepada Maha Pencipta, dan pendekatan tentang kehidupan yang disebabkan oleh keimanan.

Orang yang beriman mengetahui bahawa peristiwa yang pada awalnya terlihat tidak menyenangkan, termasuk hal-hal yang disebabkan oleh tindakannya yang salah, pada akhirnya akan bermanfaat baginya.

Jika ia menyebutnya sebagai “kemalangan”, “kesialan”, atau “seandainya”, ini hanyalah untuk menarik pelajaran dari sebuah pengalaman. Dengan kata lain, orang yang beriman mengetahui bahawa ada kebaikan dalam apa pun yang terjadi. Ia belajar dari kesalahannya dan mencari cara untuk memperbaikinya.

Sabda Nabi saw ;
“Aku mengagumi seorang mukmin karena selalu ada kebaikan dalam setiap urusannya. Jika ia mendapatkan kesenangan, ia bersyukur (kepada Allah) sehingga di dalamnya ada kebaikan. Jika ditimpa musibah, ia berserah diri (dan menjalankannya dengan sabar) bahwa di dalamnya ada kebaikan pula.”
(Hadith Riwayat Muslim)

Hanya dalam kesedaran bahawa Allah menciptakan segalanya untuk tujuan yang baik sajalah hati seseorang akan menemukan kedamaian. Adalah sebuah keberkahan yang besar bagi orang-orang beriman bila ia memiliki pemahaman akan kenyataan ini. Seseorang yang jauh dari Islam akan menderita dalam kesengsaraan yang berkelanjutan. Ia terus-menerus hidup dalam ketakutan dan kekhawatiran. Di sisi lain, orang beriman menyedari dan menghargai kenyataan bahawa ada tujuan-tujuan Ilahiah di balik ciptaan dan kehendak Allah.

Di dalam Al-Qur`an, hal ini disebutkan,
“Dan manusia mendoa untuk kejahatan sebagaimana ia mendoa untuk kebaikan. Dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa.”
(al-Israa`: 11)

Hakikatnya, sebagai hambaNya harus berusaha melihat kebaikan dan maksud Ilahiah dalam setiap kejadian yang disandarkan Allah di depan mata kita. Kerana alasan itulah, yang harus dilakukan oleh orang yang ingin menyerahkannya pada takdir Allah. Sedarlah bahawa bertawakal kepada Allah adalah menerima setiap kejadian itu walau apa pun namanya dengan besertakan keyakinan pastilah ada kebaikan di dalamnya dan kemudian menerimanya dengan senang hati.

"Selami hati kita dengan berhikmah dan bijaksana, pasti akan terserlah mutiaranya pada penampilan kita."

( saya ingatkan diri saya terutamanya dan berpesan pada para sahabat yang mulia )

Nukilan : shakhanf

Sejauh mana Kita BERSYUKUR..??


Saban masa dan ketika kita menikmati kurniaan ALLAH. Setiap detik dan saat sejak kita dilahirkan hinggalah dewasa ini, kita tidak putus-putus dikurniakan dengan pelbagai nikmat. Lantaran ianya berlaku saban masa dan menjadi sesuatu yang lumrah, lantas kita tidak perasan dan menghiraukannya. Kita seolah-olah terlupa bahawa ia adalah hadiah dan kurniaan ALLAH kepada kita. Begitulah perangai kita yang tak ubah seperti kacang lupakan kulit.

Sesuap nasi yang kita makan, setiap teguk air yang kita minum, setiap zarah udara yang kita sedut bahkan setiap pandangan yang kita lihat adalah kurniaan Allah. Tanpa kurniaan ini, kita tidak dapat mengunyah makanan atau meneguk minuman atau menyedut udara di sekeliling kita. Selagi kita hidup di mukabumi ini kita tidak sunyi dari menerima kurniaan ini. Begitulah penyayangnya ALLAH yang bersifat dengan Ar-RAHMAN. ALLAH menganugerahkan kurniaanNya kepada semua makhluk, sama ada yang taat kepadaNya atau sebaliknya. Maka mengapa kita mesti mendustakan kurniaan ini? ALLAH masih sayang kepada hamba-hambaNya meskipun terlalu ramai yang tidak bersyukur di atas nikmat-nikmat itu. Sebanyak 31 kali di dalam Al-Quran, Allah mengulangi ayat di bawah sebagai amaran dan ingatan kepada kita supaya menilai semula sejauh mana kesyukuran kita terhadap nikmatNya.


(Yang mana satu di antara nikmat Tuhan yang kamu dustakan?)

Sebagai makhluk Allah, kita sewajibnya berasa prihatin atas kurniaan ini lalu mensyukuri atas segala nikmat tersebut. Rakaman kesyukuran bukanlah setakat mengucapkan 'alhamdulillah'. Ianya mesti dibuktikan dengan tindakan berdasarkan prinsip 'amal makruf, nahi munkar' atau buat yang disuruh dan tinggalkan yang dilarang. Ini dilakukan setiap masa secara konstan dan terus-menerus.

Malangnya terdapat ramai manusia yang lupa daratan dan lupa akan segala kurniaan ALLAH. Ramai yang tidak mendirikan solat dan segala amalan yang disuruh. Sebaliknya ramai pula yang engkar dan menentang suruhanNya dengan melakukan pelbagai jenis kemaksiatan. Allah Maha Mengetahui bahawa ramai di antara hambanya yang tidak bersyukur, seperti dalam firmanNya:


(Sangat sedikit daripada hamba-hambaKu yang bersyukur)

Kesimpulannya, sebagai menunjukkan rasa berterima kasih kita kepada ALLAH, kita hendaklah sentiasa mengabdikan diri kepada ALLAH dengan segala bentuk amalan ibadat di samping kita meninggalkan kerja-kerja maksiat. Semoga kita termasuk dalam golongan hamba-hambaNya yang bersyukur dan rahmat-Nya sentiasa disamping kita. Insya-Allah.


Peribadi Pelajar yang Cemerlang



Optimistik.
Pelajar yang cemerlang sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan. Keyakinan ini akan memberi suntikan semangat dalaman pada diri anda sendiri. Katakan 'aku BOLEH!'

Jangan bersikap pesimistik.
Pelajar cemerlang tidak bersikap pesimistik iaitu sentiasa putus harapan dan mengalah sebelum mula berjuang. Jangan lemahkan semangat anda sendiri. Jangan meramalkan kekalahan sebelum mula berperang. Kalau anda tidak mencuba maka kekalahan sebenarnya sudah pasti dalam tangan. Belum cuba belum tahu.

Kesedaran memikul tanggungjawab.
Pelajar yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada masa akan datang. Maruah keluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang bergantung pada generasi remaja masa kini. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang sedar hakikat ini. Pelajar yang menyedari hakikat ini sudah pasti akan berusaha lebih gigih agar matlamat tersebut tercapai.

Tumpuan sepenuh hati.
Pelajar yang cemerlang memerikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru di kelas. Sikap main-main sambil belajar adalah sikap pelajar yang kurang berjaya. Pelajar yang suka bermain-main dalam kelas semasa guru mengajar adalah pelajar yang bakal menjadi orang yang dipermainkan oleh golongan 'terpelajar' pada suatu masa kelak. Malah lebih malang kalau suatu hari nanti mereka dipermainkan oleh golongan tidak terpelajar seperti mereka sendiri.

Mulakan dari awal.
Pelajar yang cemerlang membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan yang sebenarnya. Persediaan awal akan membezakan pelajar yang berjaya dengan yang gagal. Persediaan awal ini termasuklah mengadakan ulangkaji, berbincang dengan rakan-rakan, meminta nasihat guru, meneliti buku-buku model jawapan dan sebagainya lagi. Jangan jadi 'bidan terjun' ke dewan peperiksaan.

Sentiasa bersedia.
Pelajar yang cemerlang sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya). Pelajar yang berjaya ialah pelajar yang sanggup dan mampu menghadapi peperiksaan bila-bila masa sahaja. Bersediakah anda andainya peperiksaan diadakan esok? Pelajar cemerlang akan berkata 'Ya!' Kalau anda peminat 'The Rock' anda akan berkata 'Just bring it on..!'

Baca akhbar.
Pelajar yang cemerlang membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan. Secara khususnya ini merujuk kepada isu-isu am dan rencana ilmiah dan bukan ruangan gossip atau artis.

Sanggup manghadapi cabaran.
Pelajar yang cemerlang perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah. Rayuan kekasih atau buah hati juga kadangkala merupakan dugaan yang maha hebat. Pandai-pandailah membawa diri.

Doa.
Pelajar yang cemerlang sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.

Tawakkal.
Pelajar yang cemerlang berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.

Wednesday, June 24, 2009

Kenali Diri Anda Melalui Bulan Kelahiran


JANUARI

Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
Pandai mengambil hati orang lain.
Pendiam kecuali telah dirangsang.
Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
Cukup sayang pada kanak-kanak.
Suka duduk di rumah.
Setia pada segala-galanya.
Perlu belajar kemahiran bersosial.
Sifat cemburu yang sangat tinggi.

FEBRUARI

Berfikiran abstrak.
Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
Bijak dan pintar
Berpewatakan yang mudah berubah.
Mudah menawan orang lain.
Agak pendiam.
Pemalu dan rendah diri.
Jujur dan setia pada segalanya.
Keras hati untuk mencapai matlamat.
Tidak suka dikongkong.
Mudah memberontak apabila dikongkong.
Suka kegiatan yang lasak.
Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
Mudah mempamerkan marahnya.
Tidak suka benda yang remeh-temeh.
Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
Sangat berani dan suka memberontak.
Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
Pemerhatian yang tajam.
Suka hiburan dan sukan.
Suka benda yang bersifat seni.
Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
Belajar untuk mempamerkan emos.

MAC

Berpesonaliti menarik dan menawan.
Mudah didampingi.
Sangat pemalu dan pemendam rasa.
Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
Suka pada kedamaian.
Sangat peka pada orang lain.
Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
Tidak cepat marah dan sangat amanah.
Tahu membalas dan mengenang budi.
Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
Suka berangan-angan.
Suka melancong.
Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
Kelam kabut dalam memilih pasangan.
Suka dengan hiasan rumahtangga.
Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan.

APRIL

Sangat aktif dan dinamik.
Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
Punya daya mental yang sangat kuat.
Suka diberi perhatian.
Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
Sangat berani dan tiada perasaan takut.
Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
Emosi cepat terusik.
Cuba kawal perasaan.
Kecenderungan bersifat pendendam.
Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
Kuat daya ingatan.
Gerak hati yang sangat kuat.
Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
Sangat cemburu dan terlalu cemburu.

MEI

Keras hati & tegas.
Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
Pemikiran yang tajam.
Mudah marah apabila tidak dikawal.
Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
Perasaan yang amat mendalam.
Cantik dari segi mental & fizikal.
Tidak perlu dimotivasikan.
Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
Mudah dipujuk.
Bersikap sistematik (otak kiri).
Suka berangan.
Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
Daya khayalan yang tinggi.
Permikiran yang tajam.
Pandai berdebat.
Fizikal yang baik.
Kelemahan sistem pernafasan.
Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
Tidak berapa suka duduk di rumah.
Tidak boleh duduk diam.
Tidak punya ramai anak.
Rajin dan bersemangat tinggi.
Agak boros.

JUN

Berfikiran jauh & berwawasan.
Mudah ditawan kerana sikap baik.
Berperangai lemah lembut.
Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
Idea yang terlalu banyak di kepala.
Bersikap sensitif.
Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
Bersikap suka menangguh-nangguh.
Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
Cepat marah & cepat sejuk.
Suka bercakap & berdebat.
Suka buat lawak & bergurau.
Otaknya cerdas berangan-angan.
Mudah berkawan & pandai berkawan.
Orang yang sangat tertib.
Pandai mempamerkan sikap.
Mudah kecil hati.
Mudah kena selsema.
Suka berkemas.
Cepat rasa bosan.
Sikap terlalu memilih & cerewet.
Kurang mempamerkan perasaan.
Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
Suka pada barang yang berjenama.
Mudah menjadi eksekutif.
Kedegilan yang tidak terkawal.
Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

Sangat suka didamping.
Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
Agak pendiam kecuali dirangsang.
Ada harga dan maruah diri.
Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
Sangat menjaga hati orang lain.
Sangat peramah.
Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
Berjiwa sentimental.
Jarang berdendam.
Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
Tidak suka benda remeh-temeh.
Membimbing cara fizikal dan mental.
Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
Layanan yang serupa terhadap semua orang.
Tinggi daya simpati.
Pemerhatian yang tajam.
Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
Mudah dan rajin belajar.
Suka muhasabah diri.
Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
Suka mendiamkan diri.
Suka duduk di rumah.
Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
Tidak agresif kecuali terpaksa.
Lemah dari segi kesihatan perut.
Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
Minta disayangi.
Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
Terlalu mengambil berat.
Rajin dalam membuat kerja.

OGOS

Suka berlawak.
Mudah tertawan padanya.
Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
Berani dan tidak tahu takut.
Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
Pandai memujuk orang lain.
Terlalu pemurah & bersikap ego.
Nilai harga diri yang sangat tinggi.
Dahagakan pujian.
Semangat juang yang luar biasa.
Cepat marah & mudah mengamuk.
Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
Sangat cemburu.
Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
Cepat berfikir.
Fikiran yang berdikari.
Suka memimpin & dipimpin.
Sifat suka berangan.
Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
Belajar untuk bertenang.
Sikap kelam kabut.
Romantik, pengasih dan penyayang.
Suka mencari kawan.

SEPTEMBER

Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
Sangat cermat, teliti & teratur.
Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
Pendiam tapi pandai bercakap.
Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
Sangat sensitif yang tidak diketahui.
Orang yang banyak berfikir.
Daya pentaakulan yang baik.
Otak bijak & mudah belajar.
Suka mencari maklumat.
Kawal diri dari terlalu mengkritik.
Pandai mendorong diri sendiri.
Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
Suka sukan, hiburan & melancong.
Kurang menunjukkan perasaannya.
Terluka hatinya sangat lama disimpan.
Terlalu memilih pasangan.
Sukakan benda yang luas.
Bersistematik.

OKTOBER

Suka berbual.
Suka orang yang sayang padanya.
Suka ambil jln tengah.
Sangat menawan & sopan santun.
Kecantikan luar & dalam.
Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
Sentiasa berkawan.
Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
Cepat marah.
Macam pentingkan diri sendiri.
Tidak menolong orang kecuali diminta.
Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
Tidak suka terima pandangan orang lain.
Emosi yang mudah terusik.
Suka berangan & pandai bercakap.
Emosi yang kelam kabut.
Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
Suka melancong, bidang sastera & seni.
Pengasih, penyayang & lemah lembut.
Romantik dalam percintaan.
Mudah terusik hati & cemburu.
Ambil berat tentang orang lain.
Suka kegiatan luar.
Orang yang adil.
Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
Mudah patah semangat.

NOVEMBER

Banyak idea dalam perkara.
Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
Berfikiran kehadapan.
Berfikiran unik dan bijak.
Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
Pemikiran yang tajam.
Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
Sesuai jadi seorang doktor.
Cermat dan teliti.
Personaliti yang dinamik.
Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.Terlalu degil dan keras hati.
Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
Tak suka marah kecuali digugat.
Mudah ambil berat terhadap orang lain.
Pandai muhasabah diri.
Cara berfikir yang lain dari orang lain.
Otak yang sangat tajam.
Pandai mendorong diri sendiri.
Tidak hargai pujian.
Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
Cuba sampai berjaya.
Badan yang sasa.
Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
Suka duduk di rumah.
Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
Bercita-cita tinggi.
Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.

DISEMBER

Sangat setia dan pemurah.
Bersifat patriotik.
Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
Bercita-cita tinggi.
Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
Seronok bila didampingi.
Suka bercampur dengan orang.
Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
Tidak pandai berpura-pura.
Cepat marah.
Perangai yang mudah berubah-ubah.
Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
Benci pada kongkongan.
Suka berlawak.
Pandai buat lawak dan berfikiran logik.

Tuesday, June 23, 2009

Kejayaan Di Bentuk Dari Dalam.


Kemahuan di dalam diri Anda akan menarik dan menghasilkan hasil-hasil yang ada diluar diri Anda.

Agar Kita berdaya untuk menarik dan menghasilkan hal-hal yang kita inginkan, maka ikutilah 3 langkah berikut ini:

Pertama:

"Mengetahui apa yang tidak diinginkan" akan memancarkan kejaiban pada diri Anda. "Mengetahui apa yang tidak diinginkan" adalah kenyataan Anda masa kini. Dan kenyataan tersebut akan berubah. Yang tidak Anda mahukan adalah biasanya berupa keluhan, ketidakpuasan, dan tentu saja sesuatu yang tidak mahu Anda miliki, tidak mahu ada pada diri Anda, dan tidak mahu ada pada diri orang lain.

Kedua:

Jika Anda tahu bahwa Anda mampu memiliki segalanya, menjadi segalanya atau melakukan segalanya, kemudian pertanyaanya adalah: Apa yang Anda mahu? 'Trick'nya adalah dengan mengubah setiap keluhan di sekitar kita menjadi APA YANG ANDA INGINKAN.

Mulailah fokus pada arah ke mana Anda akan pergi, bukan dimana Anda berada saat ini. Memfokuskan kembali pada apa yang Anda inginkan akan mengarahkan Anda kepada apa yang Anda inginkan. Jika kita fokus pada kekuarangan, maka kita akan mendapat kekurangan. Jika kita fokus pada kekayaan, maka kita akan mendapatkan kekayaan. Persepsi kita menjadi 'magnet' yang menarik kita ke arah yang kita inginkan.

Ketiga:

Membersihkan fikiran. Kita akan mewujudkan apa yang kita inginkan jika kita membersihkan semua penghalang yang ada dalam fikiran kita yang mana lebih jelasnya sebagai daya pemikiran NEGATIF. Kepercayaan-kepercayaan Anda adalah bagaimana Anda menghasilkan kenyataan. Kepercayaan, sedar atau tidak sedar menghasilkan kejadian.

Sebelum kepercayaan yang menghasilkan kejadian tersebut hilang, kejadian tersebut akan terus terjadi. Fokus menghasilkan kekuatan.Lihatlah pada daftar keinginan Anda dan lihat tujuan apa yang menjadi pembakar semangat pada diri Anda.

Ingatlah..Kejayaan Tak kan Datang Bersembah Di kaki kita. Kejarlah KEJAYAAN berdampingkan minda yang POSITIF.
Katakan Aku BOLEH..!!!

Monday, June 22, 2009

"Pasaran Niche"..Perluaskan pengetahuan ANDA.

Soalan-Soalan Lazim Berkaitan Pasaran Niche

1. Apa itu pasaran niche?
Pasaran niche atau juga dikenali sebagai pasaran tertumpu merupakan sebuah segmen pasaran yang meliputi satu golongan tertentu di mana mereka berkongsi minat, hobi, atau kemahuan yang sama. Mereka juga boleh ditakrifkan sebagai satu kumpulan di dalam sesuatu kelompok geografi.

Contoh disini adalah:

'tips belajar' - TIDAK niche

'tips belajar untuk pelajar universiti' - niche

'tips belajar di rumah untuk pelajar universiti' - sub-niche

Anda akan mempelajari lebih lanjut mengenai Niche di dalam Panduan TeknikNiche ini!

2. Bagaimana untuk menentukan sesuatu pasaran niche itu lumayan atau tidak?

Untuk mengetahui sesuatu pasaran niche itu menguntungkan atau tidak, anda perlu menentukan samada terdapat transaksi jual beli telah berlaku di dalam pasaran niche ataupun tidak.

Jika terdapat sebarang transaksi jual beli telah berlaku di dalam pasaran niche tersebut, maka pasaran tersebut ditafsirkan sebagai pasaran lumayan.

3. Bagaimana untuk kita mengetahui sama ada sesuatu pasaran niche itu mempunyai permintaan atau tidak?

Di sini anda boleh menggunakan alatan-alatan tertentu samada percuma atau berbayar yang akan memberikan anda senarai jumlah carian yang dilakukan oleh prospek di dalam pasaran niche ini melalui katakunci (keywords) yang mereka gunakan di dalam enjin carian (Google.com, Yahoo.com atau MSN.com)

4. Apakah pasaran niche hanya tertumpu kepada penulisan sahaja?

Tidak sama sekali. Anda boleh menjual sebarang produk yang bersesuaian dengan kehendak prospek di dalam pasaran niche anda.

5. Bagaimana untuk mengenal pasti kehendak atau keperluan di dalam pasaran tersebut?

Cara paling mudah adalah dengan bertanyakan kepada mereka apakah masalah utama mereka di dalam subjek pasaran niche anda.

Contoh jika anda di pasaran niche
'tips belajar untuk pelajar universiti', soalan yang anda boleh tanyakan adalah:

"Sebagai pelajar universiti, apakah masalah paling utama yang anda sedang hadapi?"

6. Jika saya ingin mengambil nasihat anda, apakah cara atau model perniagaan Internet yang sesuai untuk pasaran niche ini?

Baiklah, nasihat saya ini akan berdasarkan pengalaman 'real life' saya sendiri. Terdapat dua cara saya telah gunakan untuk 'menguasai' pasaran niche ini iaitu:
  • Blog Wordpress
  • Produk informasi digital

Untuk maklumat lanjut sila click DISINI.

Sunday, June 21, 2009

Belajar Secara 'SMART'



Kita mempunyai di anugerahkan otak yang mana mempunyai bahagian kiri dan kanan. Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak akademik seperti perkataan, nombor, matematik, bahasa, kebolehan saitifik, analisis dan penggunaan tangan kanan. Otak kanan pula berhubung dengan aktiviti irama, imaginasi, khayalan, warna, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri.
Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak ini dengan bijaksana..?? Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk mengkhayalkan pelajaran atau adakah ia selalu digunakan untuk mengkhayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad dengki, dan perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran...??
Amatlah rugi pada orang yang mensia-siakan kurniaan Allah dalam mencari faedah untuk dirinya dan beruntunglah sesiapa yang sentiasa menghargai setiap kurniaan Allah pada dirinya. Tahniah saya ucapkan..!!

Di sini ingin saya bongkarkan kepada anda semua beberapa Rahsia di Sebalik Pengurusan Masa Pelajar Cemerlang.
(Rahsia-rahsia ini adalah melalui hasil soal selidik dan pemerhatian terhadap beberapa pelajar cemerlang.)

1. Masa Sebelum Tidur- Masa berbaring sebelum tidur, amalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.

2. Masa Terbangun Di Tengah Malam- Menunaikan solat sunat Tahajud dan solat sunat Hajat kerana usaha yang gigih disertakan doa ke hadrat Allah akan menyinarkan "KEJAYAAN HAKIKI".

3. Masa Bangun Tidur; Subuh/Pagi-Bayangkan pelajaran semalam dan ringankan lidah untuk membaca Ayat Al-Quran.

4. Datang Awal Ke Kelas- Membuat rujukan semalam dan kalau berkesempatan baca terlebih dahulu sebelum kelas bermula.

5. Masa Makan Tengahari & Makan Malam- Cuba bayangkan kembali apa yang diajar kemudian biarkan telinga anda seolah-olah mendengar kembali apa yang di terangkan di dalam kelas walhal realitinya anda sedang makan.

6. Masa Melakukan Ulangkaji- Belajar secara fleksibel iaitu mempelbagaikan kaedah,gaya dan corak pembelajaran mengikut kesesuaian had mampu otak untuk menerima maklumat yang dipelajari.

7. Masa Rehat Selepas Makan- Lapangkan masa selama 5 minit untuk mengingat fakta-fakta penting yang anda baca.

SELAMAT MAJU JAYA...

Nukilan Ikhlas: shakhanf

Time Management..Paradigm of Success


Strategies on using TIME :
1. School Term/ Semester Overview: Develop or Plan for blocks of Study Time
About 50 minutes? How long does it take for you to become restless?
Some learners need more frequent breaks for a variety of reasons.
More difficult material may also require more frequent breaks.
Place blocks of time when you are most productive, as morning person or night owl!

2. Schedule Weekly Review and Updates
Sunday night may be an excellent time to review your calendar.
Be mindful that as deadlines and exams approach, your weekly routine must adapt.

3. Prioritize Assingment
During study, get in the habit of beginning with the most difficult subject or task.
Build in "Reaction Time" when you can get feedback on assignment before they are due.

4. Postpone Tasks or Routine That Can Be Put Off Until School Work/Assignment is Finished
Eliminate, delegate or delay non-essential tasks as part of prioritizing.
Review for a test may be more important than enjoying a sport and playing the game later will be more enjoyable without the pressure of the test.

5. Use Your FREE TIME wisely.
Think of times when you can study bits as when walking, riding the bus, etc.

6. Review Notes and Reading just Before Class
Try to get the keyword and the draft illumination of the chapter that will be study.

7. Review Lecture Material Immediately After Class
"Forgetting is Greatest within 24 Hours Without Review”

Saturday, June 20, 2009

Cara Memperkuatkan Rohani

1.Zikir

Zikir memiliki pengaruh yang kuat terhadap kecemerlangan rohani.Hati yang selalu terisi dengan cahaya zikir akan memancarkan Nur Allah dan keberadaanya pada hati akan mempengaruhi perilaku yang positif dan terpuji.

Kebiasaannya melakukan zikir dengan baik dan benar akan menimbulkan ketenteraman hati dan menumbuhka sifat ikhlas pada perbuatan.Hikmah zikir amatlah besar bagi orang yang membagnkitkan kekuatan indera keenamnya (rohani@batin). Dari segi ibadah,zikir merupakan latihan menuju ikhlasnya hati dan istiqamah dalam berkomunikasi dengan Al-Khaliq (Maha Pencipta).

2.Doa

Seseorang yang ingin memiliki kekuatan rohani pada dirinya hendaklah memperbanyakkan doa kepada orang lain disamping untuk diri sendiri dan keluarganya.Caranya..cubalah anda mendoakan seseorang yang anda kenal dimana orang itu sedang mengalami musibah.

Menurut para Ahli Hikmah, seseorang yang mendoakan sesamanya maka reaksi doa itu akan kembali kepadanya.

3.Selawat Nabi s.a.w

Mungkin sudah sering kita dengari dari orang-orang tua kita bahawa kalau ada bahaya, kita disarankan salah satunya adalah memperbanyakkan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Dengan mendoakan keselamatan kepada Nabi s.a.w, Allah mengutuskan para malaikat untuk ganti doa keselamatan kepada orang itu. Dalam beberapa hadith Rasulullah s.a.w banyak kita temukan berbagai keterangan tentang afdalnya berselawat.
Antaranya "SETIAP DOA ITU TERDINDINGI SAMPAI DIBACAKAN SELAWAT ATAS NABI S.A.W" ( HR. Ad-Dailami).

4.Makanan Halal Dan Bersih

Seseorang yang ingin memiliki kekuatan rohani@batin bersumber dari tenaga Ilahiyah harus memperhatikan makanannya. Baginya pantnag memasukkan makanan yang haram kerana ia akan mengotori hati.

Makanan yang haram akan membentuk jiwa yang kasar dan tidak teguh pada agama. Makanan yang haram di sini bukan hanya dilihat dari jenisnya saja ( misalnya: babi, bangkai, dll) tapi juga dari cara dan proses untuk mendapatkan makanan tersebut.

Kesannya dari makanan yang haram ini menyebabkan jiwa sukar untuk di ajak menyatu dengan hal-hal yang positif, seperti; kalau berzikir tapi hati tidak khusyuk, berdoa tidak bersungguh-sungguh dan hati tidak bertawakal kepada Allah dalam setiap apa yang dikerjakan.

5.Berpantang Dosa Besar

Berpantang dari melakukan dosa-dosa besar juga dalam upaya membersihkan rohani. Di mana secara umum adalah seperti berjudi, berzina, minum arak, mencuri dan penyalahgunaan dadah@narkotin.

Lima hal ini adalah punca yang akan membawa seseorang itu ke arah melakukan dosa-dosa besar yang lainnya. Sebagai contoh judi umpamanya, seseorang yang sudah terlilit judi andaikan ia seorang pemimpin maka cenderung mengambil rasuah dan hanya sedikit kejujuran yang masih tersisa di hatinya.

Begitu halnya dengan perbuatan seperti berzina, minum arak, mencuri dan penyalahgunaan dadah@narkotin diyakini sebagai hal uang mampu menghancurkan kehidupan manusia.
Sewajarnya orang yang ingin memiliki kekuatan rohani yang hakiki hendaklah mampu menjaga dirinya dari lima perkara ini.

Sahabat..Apa yang saya nukilankan disini adalah untuk berkongsi dan hamparan itu jua demi mengingatkan diri saya sendiri dari terleka dalam meniti langkah kehidupan.
"Sesungguhnya jiak dunia yang kita kejar..maka dunia akan lari dari kita.Tapi jika akhirat yang kita kejar maka dunia akan datang kepada kita."

Nukilan Ikhlas: Shakhanf.

Punca Stress Di Tempat Kerja

Jenis Pekerjaan
Suasan tempat kerja, tekanan kerja yang berpanjangan dan perubahan cara pengendalian kerja.

Peranan dan Fungsi Pekerjaan
Kerja dan peranan yang sentiasa berubah-ubah secara kerap atau pekerjaan yang merbahaya.

Perhubungan
Konflik sesama rakan sekerja dan majikan.

Kerjaya
Kurang insentif dan penghargaan dari majikan, kecewa terhadap suasana kerja, dinaikkan/diturunkan pangkat, hilang pekerjaan.

Perubahan Dalam Organisasi
Perubahan dalam struktur dan pengurusan organisasi secara mendadak meningkatkan kekeliruan dan tekanan kepada pekerja.

Banyak lagi tip-tip berhubung memantapkan personaliti diri yang akan saya kongsikan dengan anda...Nantikan..!!

Tip Bina Keyakinan Diri

1
Katakan anda Boleh!
Kata-kata positif akan membakar semangat anda untuk terus berusaha dan membina keyakinan untuk berjaya.

2
Jangan memandang rendah keupayaan diri
Setiap insan mempunyai kelebihan dan kekuatan sendiri yang harus dibanggakan. Jangan biarkan diri anda dibelengggu dengan pandangan negatif terhadap diri sendiri.

3
Kaji dan perbaiki kelemahan diri
Kekurangan diri bukan halangan kepada keyakinan diri. Kaji dan perbaiki kelemahan yang ada kerana itu lebih baik daripada memikirkannya dan berdiam diri.

4
Malu biar kena pada tempatnya
Sifat malu harus dipamerkan bila kena pada tempat dan masanya. Jangan biarkan perasaan malu yang tidak ketentuan menyekat diri anda untuk merasa lebih yakin.

5
Sentiasa berfikiran positif
Fikiran positif akan memberi ransangan kepada diri untuk berasa yakin dan membentuk diri untuk berani berhadapan dengan sebarang cabaran.

6
Sentiasa bersedia dan tidak menangguhkan kerja
Keyakinan diri dapat dibentuk dengan lebih mudah jika anda sentiasa bersedia dan dapat menyiapkan tugas yang diberi tanpa menangguhkannya.

7
Badan sihat, minda cerdas
Kesihatan yang baik dan sihat membolehkan anda untuk cergas dan cerdas serta membina keyakinan diri.

8
Hargai diri
Penghargaan kepada diri sendiri dapat membentuk perasaan bersyukur dengan anugerah Tuhan serta membentuk keyakinan diri.


Sumber: Diubahsuai daripada Majalah Keluarga


Friday, June 19, 2009

Motivasi Diri...


Kekuatan fizikal, rohani dan mental adalah penting dalam membentuk penampilan yang berintelek dan teguh menghadapi cabaran dalam kehidupan kita seharian...
Sejauh manakah diri kita kuat menghadapi tekanan dan cabaran dalam mengejar impian dan cita-cita kita..? Jelasnya jawapan itu ada pada diri kita sendiri dan beruntunglah sesiapa yang telah mengenali dirinya sendiri kerana dia tahu tahap kekuatan dan kelemahan dirinya.
Kenalilah diri anda dan selamilah keperibadian anda sebelum anda lebih mengenali rakan-rakan anda.
" Kejayaan Bermula Dari Satu Langkah Yang Teguh Dan Mantap Dalam Mengejar Cita-Cita."
Langkah yang tersusun adalah petanda orang yang bakal berjaya..Fikirkanlah!!