Jom Menjadi Rakan Blog Shakhanf... Daftar DI SINI.

Name:
Email Address:

form mail

Monday, July 11, 2011

Golongan Yang Didoakan oleh Para Malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."


2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"


3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."


4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."


5. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"


6. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."


7. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."


8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"


9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "


10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."


11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Sama-sama kita sebarkan dan khabarkan kepada teman-teman dan sahabat-sahabat. Insya-Allah. :)

Fakta Kesihatan... Satay, Udang, koayteow dsb.

Produk Pengguna dan Makanan yang signifikan mendatangkan kanser.

1.Jika anda makan satay....jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.

2.Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C !!. Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3.Barah -akibat penggunaan bahan dalam shampoo.Balik rumah dan pergi periksa.Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS.Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka.

4.Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah mee segera, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor.Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax keatas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS).Beberapab tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari.Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah.Barahnya disebabkan wax dalam mee segera.Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan.

Fakta ini diperoleh melalui rakan dalam email. Walaupun kajian perinci masih dijalankan untuk mengenalpasti tahap risiko berkaitan semua punca-punca bahan ini adalah dinasihatkan untuk kita semua ambil langkah berjaga-jaga untuk kesihatan diri sendiri. Jadilah pengguna bijak dan prihatin !

Senyum Pagi... Selamat Bekerja Untuk Semua

Assalamualaikum teman-teman pembaca, hari ni saya berkesempatan untuk berceloteh pagi..
Suka untuk saya berpesan-pesan kepada para sahabat. Dalam mencari rezeki jangan kita lupa bahawa setiap apa yang direzekikan tu akan lebih berkat jika ianya diasaskan ke jalan agama(niat kerana Allah untuk setiap perkara yang baik).


" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'


Senyum Pagi ni saya sertakan untuk menceriakan hati sahabat-sahabat...Jangan lupa senyum di awal pagi. (Selamat membaca) :)


Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kulai.

Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”.

Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.

Cikgu Ajoi : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.

Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab & berdiri).

Cikgu Ajoi : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”.

Taufik : “Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..”.

Cikgu Ajoi : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”.

Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh…”.

Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.

Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.

Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.

Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.

Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”.

Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.

Cikgu Ajoi : “Dian ada abang di sekolah ini?”.

Dian : “Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3.”

Cikgu Ajoi : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.

Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…

Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN”

Cikgu Ajoi :@$%&#^%

Wednesday, July 6, 2011

Salam ke Langkah Baru... Selepas lama blog ini menyepi.

Salam sahabat salam cemerlang,
Buat rakan-rakan pembaca yang secara langsung atau tidak langsung ke blog ini. selepas setahun menyepi dari menulis blog kerana terlalu tumpukan kepada kerjaya.. Dulu selepas tamat pengajian di universiti aku banyak menghabiskan masa aku untuk mencari kerjaya yang tetap. Alhamdulillah berkat sokongan keluarga,saudara mara, orang tersayang dan sahabat handai akhirnya aku mendapat pekerjaan tetap seperti yang aku harapkan. Rasa hati ini mampu untuk sedikit senyum dalam melangkah ke alam kehidupan yang penuh mencabar. Bagi yang belum dapat kerja dan masih tercari-cari kerja aku doakan agar kalian dapat kerja secepat mungkin seperti yang diimipikan. Jangan mengalah dan jangan berhenti berusaha... Biar keluar peluh JANTAN sekalipun teruskan usaha. Insya-Allah dipermudahkan Allah urusan kita semua.

Aku sertakan di sini link untuk mencari peluang kerja kosong "KLIK". SELAMAT MAJU JAYA.

Untuk ruangan blog ini aku akan isikan apa jua bentuk info-info yang aku rasakan menarik, yang membina dan segala macam idea bagi dikongsikan kepada para pembaca yang mencelah sama ada untuk sedetik atau pun berjam-jam menyelongkar secara sengaja mahupun tidak sengaja ataupun buat-buat tidak sengaja..hehe

Inilah blog peribadiku yang akan aku ketengahkan segala info-info yang aku rasakan perlu untuk kita menjadi seorang manusia sebenar-benar manusia (ayat poyo sket..hehe).

Okeylah..untuk kali ini aku tak nak berceloteh panjang cukup sekadar mengucapkan salam perkenalan dan salam pertemuan setelah sekian lama aku menyepi..

Sehingga berjumpa lagi di arena penulisan ini...
Salam perjuangan dan salam semangat untuk sahabat-sahabat semua.


"Jangan mudah mengalah selagi kita belum kenal sebetulnya tentang diri kita. Apa yang penting selami diri dan ketahui kemampuan diri..Bangkit dan mulakan langkah baru yang lebih yakin dan kukuh.Ingat!! Tumbang sekali sebenarnya adalah untuk kita bangun dari terjaga bukan bermakna membuktikan yang kita kalah selamanya."

Wednesday, September 9, 2009

Tester First Grade Perfume

Tester Untuk First Grade Perfume.

Kami ada menyediakan tester utk kelapan-lapan jenis wangian First Grade Perfume dengan harga yang berpatutan yang mampu untuk dimiliki oleh para pembeli yang berminat.

Tester Flexible :
RM 10 ( 4 jenis wangian 'For Men' @ 'For Women' ) + RM 5 ( Kos Penghantaran).
Tester mengikut pilihan 'For Men' @ 'For Women'.
Tester wangian 0.5 ml setiap satu.

Tester Economic :
RM 20.00 ( 8 jenis wangian) + RM 5 ( Kos Penghantaran)
Tester untuk semua jenis wangian 'For Men' & 'For Women'.
Tester wangian 0.5 ml setiap satu.

Tester Advance :
RM 70.00 ( 8 jenis wangian) + RM 5 ( Kos Penghantaran).
Tester wangian untuk semua jenis wangian 'For Men' & 'For Women'.
Tester wangian 5 ml setiap satu.


Perhatian!! Tester ini hanya untuk sekali belian sahaja untuk setiap pelanggan.


Untuk Tempahan Sila Hubungi atau Emailkan kepada :


Shakir Hanafi
No.H/p : 019-9463538 / 017-9486998

Email : shakhanf@yahoo.com

(Tempahan adalah hanya untuk pengedar/wakil jualan sahaja.)


Untuk Belian Terus SILA 'Bank Inn' kepada :

Account Number : 01120000887206
MOHD SHAKIR BIN MOHD HANAFI



Accou
nt Number : 151584071008
MOHD SHAKIR BIN MOHD HANAFI


Setelah
Bank inn dibuat sila emailkan :
Nama, No. IC, No.Handphone, Nama Bank, Jumlah Bank inn, Tarikh, Masa, No.Transaksi dan Jumlah belian Produk


di email : shakhanf@yahoo.com

Penghantaran akan dibuat seberapa segera setelah pihak kami mendapat pengesahan pembayaran anda.

Amaran! Jangan cuba hantar maklumat palsu @ fraud statement. Segala respon positif anda amat dihargai.

Thursday, August 20, 2009

FIRST GRADE PERFUME (Metafora Wangian)















First Grade Perfume TOM's


Bauan yang agak kuat tapi romantik.
Bauan yang berspesifikasi ‘hygienic’.
Sejuk menusuk deria bau.
Menyegarkan dan mempesonakan.
Menenangkan pemikiran.
Melapangkan minda.
Mengambarkan keteguhan peribadi dan aspek penelitian.
Sesuai untuk aktiviti terbuka yang berbentuk semi pasif dan agresif .




First Grade Perfume E-NITY


Sesuai untuk semua golongan terutama lelaki.
Bauan yang tidak kuat tapi mewujudkan keselesaan.
Tidak ‘tajam’ menusuk ke deria bau.
Tidak memeningkan kepala.
Memberikan keyakinan diri dengan perlahan-lahan secara teguh.
Merehatkan minda.
Mengambarkan kehalusan sifat dan keinginan.
Sesuai untuk aktiviti pasif dan terbuka.




First Grade ONE


Bauan yang melambangkan keperibadian maskulin.
Bauan yang tidak terlalu 'tajam' tapi agak keras.
Membuatkan diri menjadi lebih yakin dan menyerlahkan keterampilan.
Bauan yang menyegarkan.
Agak menyengat menusuk ke deria bau tapi tidak terlalu tajam.
Mengambarkan keyakinan diri dan sentiasa bersemangat.
Sesuai untuk aktiviti lasak mahupun aktif di kerja lapangan.




First Grade DESIRE


Bauan yang mempesonakan dan romantik.
Bauan yang menyegarkan dan menceriakan mood si pemakai.
Wangian yang bersifat 'tajam' dalam diam.
Merehatkan minda dan merangsang daya penumpuan.
Bauan yang agak lembut dan tegas.
Melambangkan keperibadian yang tertib tapi berdisiplin.
Sesuai untuk aktiviti pra-aktif atau aktiviti terbuka.




First Grade ROMANCE


Wangian yang lembut halus.
Bauan yang seakan-akan bauan bunga ros di hujung harumannya.
Bauan yang ‘cool hygenic’.
Bauan menyegarkan dan merehatkan minda.
Bauan yang tidak 'tajam' tapi teguh menusuk ke deria bau.
Mengambarkan personaliti yang menarik dan menawan.
Menenangkan diri ketika dalam tekanan ‘self pra-stress’.
Sesuai untuk aktiviti terbuka yang berbentuk semi pasif dan agresif .




First Grade LOVE


Wangian yang berbau seakan manis ‘apple’.
Bauan yang menyegarkan secara ‘natural’.
Bauan yang tidak 'tajam' menusuk ke deria bau tapi mempesonakan.
Haruman yang memikat.
Mengambarkan keperibadian yang pandai mendorong dan lemah lembut.
Sesuai untuk aktiviti aktif mahupun pasif.




First Grade COOLS


Wangian yang berbau seakan kesegaran Limau ‘Tangerine’.
Wangian yang lembut mengharumkan menusuk ke deria bau.
Bauan yang mempesonakan tapi tegas.
Bauan yang menyegarkan.
Melambangkan keperibadian yang tertib dan tegas.
Menenangkan minda.
Sesuai untuk aktiviti agresif mahupun pasif.




First Grade CAPE GIRL


Wangian yang seakan ‘cool and mint’.
Bauan yang lembut dan halus.
Bauan yang tidak 'tajam' menusuk ke deria bau.
Bauan yang harum dan menyegarkan.
Melambangkan keperibadian yang bersemangat dan menarik.
Sesuai untuk aktiviti yang pra-aktif mahupun pasif.



Berdasarkan pemerhatian ketahanan perfume jenis ini adalah antara 8-10 jam bergantung kepada jenis aktiviti dan tindak balas kulit.


Perfume ini akan kekal keaslian bauannya selagi tidak ada tindak balas kimia yang terkena padanya seperti sabun atau sebarang cecair kimia.


Kualiti yang terjamin dan bermutu dengan keaslian bau tanpa campuran alkohol.


(P/S: Perungkaian yang dibuat adalah seperti mana yang saya bau dan kemudiannya ditafsirkan secara bentuk abstrak. Setiap gambaran atau abstrak bau yang dinyatakan adalah berdasarkan pemerhatian saya sendiri tanpa melibatkan mana-mana pihak.)

Monday, August 3, 2009

Wabak Selsema Babi- Influenza A (H1N1)

Salam Buat Sahabat semua...wabak selsema babi kini kian merebak di Malaysia.
Kini juga telah mula merebak di UTHM. Jadi saya harap sahabat-sahabat dapat meluangkan masa 5 minit sahabat untuk membaca artikel ini.

"Mencegah lebih Baik Dari Merawat."

Influenza A (H1N1)

ABSTRAK

Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) pada 24 April 2009 telah mengisytiharkan krisis kecemasan kesihatan antarabangsa ekoran merebaknya wabak Virus Influenza A (H1N1) (Selesema Babi atau Swine Flu) bagi memberi amaran wabak yang dianggap makin mencemaskan dan berpotensi untuk menjadi pusat ‘pandemik’ atau wabak yang akan merebak. Selesema babi yang disebarkan oleh manusia ini telah mencetuskan keadaan panik di seluruh dunia terutamanya di Mexico dan Amerika Syarikat (AS). Sehingga 6 Mei 2009, wabak ini telah mengorbankan 29 orang di Mexico, 2 orang di United State (US), 1786 orang telah disahkan dijangkiti dan lebih 4169 orang disyaki dijangkiti di seluruh dunia. Jumlah kematian dan mereka yang dijangkiti meningkat dari semasa ke semasa dan amat dikhuatiri merebak ke Negara ini.

PENGENALAN

Demam Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit sistem pernafasan (respiratory) yang biasanya ditemui dalam kawanan babi. Virus Influenza A (H1N1) atau demam babi ini biasanya berlegar dalam spesies babi sahaja dan tidak menjangkiti manusia. Namun jangkitan terhadap manusia telah berlaku dan penyebaran virus ini dalam kalangan manusia telah mula dikesan sejak tahun 1988.

Apakah Virus Influenza A (H1N1)?

Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.


Adakah Terdapat Jangkitan Demam Virus Influenza A (H1N1) di US?

Pada akhir Mac dan awal April 2009, beberapa kes jangkitan virus ini (H1N1) terhadap manusia telah dilaporkan di Southern California berdekatan San Antonio, Texas. Beberapa negeri lain di US juga telah melaporkan jangkitan yang sama pada manusia dan juga telah dilaporkan di peringkat antarabangsa. (Perkembangan terkini mengesahkan bilangan jangkitan virus di Amerika Syarikat boleh di dapati di http://www.cdc.gov/swineflu/investigation.htm. Pusat pencegahan dan kawalan penyakit (CDC - Centers for diseases control and prevention dan Jabatan serta agensi kesihatan sedang bekerjasama dalam menyiasat situasi ini).


Adakah Virus Ini Berjangkit?

CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.

Apakah Tanda-tanda dan Simptom Virus Influenza A (H1N1) Terhadap Manusia?

Simptom Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.

Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.


Bagaimanakah Selesema Burung Merebak?

Virus jenis A (H1N1) selesema burung ini dijangka akan merebak seperti mana virus selesema bermusim lain. Virus selesema ini biasanya disebarkan dari seorang ke seorang yang lain melalui batuk dan bersin mereka yang terkena jangkitan. Kadang-kadang seseorang itu boleh dijangkiti melalui barang yang disentuh dengan tangan dan kemudiannya menyentuh mulut dan hidung mereka.

Bagaimanakah Seseorang Yang Dijangkiti Selesema Menjangkiti Seorang Lain?

Seseorang yang dijangkiti mungkin boleh menjangkiti seorang lain bermula sehari sebelum simptom itu merebak hingga ke hari ke-7 selepas dijangkiti (sakit). Ini bermakna kita mungkin boleh menyebarkan virus ini sebelum mengetahui yang kita telah dijangkiti.


Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?

Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.

Adakah Terdapat Ubat Untuk Virus Influenza A (H1N1) Ini?

CDC menyarankan pengambilan ubat seperti oseltamivir atau zanamivir untuk merawat dan/atau mencegah jangkitan virus selesema babi ini. Ubat antiviral adalah ubat-ubatan berpreskripsi (pil, cecair ataupun ubat sedut) yang melawan virus dari terus membiak di dalam badan anda.

Jika anda jatuh sakit, ubat antiviral akan dapat melegakan dan membuat anda sihat dengan lebih cepat. Ia juga dapat mencegah dari komplikasi selesema yang lebih serius. . Untuk tujuan rawatan, ubat antiviral adalah lebih berkesan untuk diambil sebaik sahaja jatuh sakit (dalam dua hari selepas simptom).


Berapa Lama yang Diambil oleh Seseorang yang Dijangkiti dengan Selesema Burung Untuk Menyebarkan Kepada Orang Lain?

Mereka yang dijangkiti dengan virus ini boleh dikira sebagai pembawa virus selagi mereka di dalam simptom sehingga tujuh hari dari bermula sakit. Kanak-kanak, terutama anak-anak kecil berpotensi untuk dijangkiti untuk jangka masa yang lebih lama.

Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?

Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.

Berapa Lama Virus Tersebut Boleh Hidup Di Luar Badan?

Seperti yang diketahui sesetengah virus dan dapat hidup sehingga lebih dua jam di permukaan seperti meja kafeteria, tombol pintu dan meja. Membasuh tangan dengan kerap akan mengurangkan kesan pencemaran yang didapati dari permukaan-permukaan ini.

Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?

Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:


• Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.


• Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.


• Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.


• Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.

Apakah Cara Terbaik Untuk Mengelak Dari Menyebarkan Virus Melalui Batuk Dan Bersin?

• Jika anda sakit, hadkan pergaulan anda sebaik yang mungkin.
• Jangan pergi ke sekolah;
• Tutup mulut anda dengan tisu semasa batuk dan bersin. Ia boleh membantu mengelak orang-orang di sekeliling kamu dari jatuh sakit;
• Buangkan tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah;
• Tutup mulut anda semasa bersin dan batuk jika tiada tisu;
• Basuhlah tangan kamu setiap kali batuk dan bersin.


Apakah Teknik Terbaik Untuk Mencuci Tangan Dan Mengelak Dari Jangkitan Selesema?

Membasuh tangan dengan kerap akan membantu melindungi anda daripada kuman. Basuhlah dengan sabun dan air ataupun pembersih tangan berasaskan alcohol. Basuhlah tangan antara 15 ke 20 saat dengan air suam dan sabun. Jika tiada air dan sabun, tisu pakai buang berasaskan alcohol atau pembersih gel boleh digunakan. Ianya boleh didapati di kedai-kedai ubat dan pasar raya. Jika menggunakan gel, sapulah tangan anda sehingga gel itu kering. Alkohol di dalam gel tadi akan membunuh kuman dan ianya tidak memerlukan air untuk berkesan.


Apa Yang Perlu Saya Lakukan Jika Jatuh Sakit?

Jika anda tinggal di kawasan yang dikenal pasti wabak Virus Influenza A (H1N1) itu merebak dan mempunyai simptom-simptom demam selesema termasuk demam panas, sakit badan, selesema, sakit tekak, muntah mual dan cirit-birit, anda perlu berjumpa dengan doktor, terutamanya jika anda risau tentang simptom-simptom tadi. Doktor akan mengesahkan sama ada sebarang ujian atau rawatan adalah perlu.

Jika anda sakit anda perlu:-

• Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;
• Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit;

Untuk kanak-kanak tanda-tanda dan perlu dibawa untuk dirawat adalah seperti berikut:-

• Kesukaran bernafas dan pernafasan yang terlalu cepat;
• Warna kulit bertukar kebiru-biruan;
• Tidak minum air yang secukupnya;
• Tidak bangun dan berinteraksi;
• Tidak suka dipegang dan asyik merengek;
• Simptom seperti selesema dan pulih tetapi kemudiannya berulang bersama demam dan batuk yang lebih teruk;
• Demam dan beruam.


Bagaimana Seriusnya Jangkitan Virus Influenza A (H1N1) ini?

Seperti demam selesema yang lain, kesan selesema babi (Virus Influenza A) (H1N1) pada manusia adalah berbeza dari tahap sederhana ke tahap serius. Antara 2005 hingga Januari 2009, 12 kes jangkitan pada manusia tanpa kematian dikenal pasti di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun kesan dari selesema babi ini boleh menjadi serius. Pada September 1988, seorang wanita mengandung berumur 32 tahun dari Wisconsin dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru akibat selesema babi dan meninggal dunia 8 hari kemudian. Pada tahun 1976, wabak selesema babi dikesan di Fort Dix, New Jersey mengakibatkan lebih 200 kes serius dan satu kematian.


Bolehkah Saya Dijangkiti Melalui Memakan Dan Menyediakan Masakan Berasaskan Babi?

• Tidak.


Selesema babi tidak boleh merebak melalui makanan. Ianya tidak boleh dijangkiti melalui makanan dan produk berasaskan babi. Memakan produk berasaskan babi yang dimasak dan disediakan dengan sempurna.

TINDAKAN SERTA-MERTA KEMENTERIAN KESIHATAN

• Kementerian Kesihatan menguat kuasa serta-merta empat langkah pencegahan:-


i. Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia mengaktifkan Bilik Gerakan untuk membuat pemantauan situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) dengan pihak WHO bagi memastikan tindakan-tindakan proaktif diambil untuk melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia.


ii. Semua Pengamal Perubatan termasuk di sektor swasta yang merawat kes-kes yang mempunyai tanda-tanda atau gejala ‘influenza-like illness’ atau ‘severe pneumonia’ dan mempunyai sejarah melawat Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009 diminta untuk memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat dengan serta merta melalui telefon untuk tindakan pencegahan dan kawalan.


iii. Saringan tanda-tanda jangkitan Virus Influenza A (H1N1) di semua pintu masuk negara untuk pelawat atau warga Malaysia yang ada melawat ke negara Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009.


iv. Membuat kenyataan akhbar dari masa ke semasa situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) untuk maklumat orang awam di Malaysia dan langkah kawalan dan pencegahan yang diambil oleh Kerajaan.

• Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan pada Sidang Media pada 26 April 2009 mengenai wabak berkenaan amat berbahaya kerana ia tersebar melalui manusia bukannya haiwan seperti selesema burung atau ‘avian flu’ yang pernah melanda negara ini.

• Beliau bagaimanapun meminta rakyat negara ini supaya tidak panik kerana Kerajaan sentiasa berwaspada terhadap apa jua wabak yang boleh menyebabkan kematian.

• Pengawasan itu membabitkan pemeriksaan kesihatan terhadap orang ramai antaranya mereka yang menunjukkan tanda-tanda demam panas.

• Pengawasan di semua pintu masuk negara diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan wabak selesema babi dari merebak ke dalam negara terutama penumpang penerbangan dari luar negara termasuk AS.

• Orang awam yang ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan dengan wabak Virus Influenza A (H1N1) ini boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui talian 03-88810200 atau 03-88810300 pada waktu pejabat atau di laman web Kementerian http://www.moh.gov.my



Sumber : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
• Pusat Pencegahan dan Kawalan Wabak Amerika Syarikat (US Centers of Diseases Control and Prevention) atau CDC
• Akhbar-akhbar Utama Tempatan