Jom Menjadi Rakan Blog Shakhanf... Daftar DI SINI.

Name:
Email Address:

form mail

Sunday, July 5, 2009

Emosi..Wanita Dan Lelaki. Ketahui KELEBIHANNYA.












Manusia adalah makhluk yang beremosi. Secara umumnya kaum wanita lebih emosi berbanding lelaki. Ini bukanlah satu kelemahan, tetapi satu kelebihan. Melalui limpahan emosi inilah, wanita menjadi tonggak sebuah negara dengan kekuatan membesarkan anak-anak yang memerlukan ketabahan dan kesabaran yang tinggi.

Oleh kerana lelaki kurang beremosi, ia menghadapi kesukaran untuk menjadi suri rumah dan mendidik anak-anak di rumah. Namun, sebenarnya kurangnya emosi di kalangan kaum lelaki juga bukan tanpa kekurangan, malah satu kekuatan.

Sebagai pemimpin dalam keluarga, organisasi atau negara, lelaki adalah insan yang diberi amanah mentadbir dan diberi kuasa membuat keputusan. Sesuatu keputusan seharusnya dibuat tanpa mencampur-adukkan emosi ke dalamnya. Sun Tzu, seorang pakar strategi perang di China suatu ketika dahulu menyarankan agar seorang Jeneral perang melepaskan diri dari pengaruh emosi apabila hendak membuat sesuatu keputusan. Ini kerana jika seseorang berada dalam pengaruh emosi, persepsi terhadap sesuatu perkara akan terjejas. Ia tidak menggambarkan realiti sebenar.

Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud bahawa orang yang paling kuat adalah yang paling kuat menahan sifat marah. Marah adalah satu luahan emosi. Ia meletakkan nafsu di hadapan dan akal di belakang. Oleh itu, menahan kemarahan dikira sebagai satu kebijaksanaan oleh baginda.Begitulah perancangan Allah. Dia letakkan emosi pada lelaki dan wanita dalam kuantiti dan nisbah yang sempurna. Bersesuaian dengan tugas dan peranan mereka. Allah juga tidak menjadikan sesuatu perkara untuk menyusahkan, bahkan sebagai suatu kekuatan jika kita tahu cara menggunakannya. Allah berikan kita alat, terpulang kepada kita hendak menggunakannya dengan cara yang bagaimana.

Emosi kita ni macam kaca. Senang pecah. Rapuh.Oleh kerana kaca tu senang pecah, kena jaga selalu.Bila travel atau sedang dalam perjalanan, barang-barang diperbuat dari kaca kena di jaga rapi, dibungkus, diletak di tempat tinggi supaya tak mudah pecah sebab tertindih atau terhentak barang lain.Begitu juga dengan emosi kita.

Kena bijak menjaganya.Barang-barang kaca ni bila kita pandai menjaga, makin cantik dan kekal cantik selama ia dalam jagaan kita. untuk emosi kita kekal cantik@tampan, bersinar seperi kaca, kita juga kena pandai menjaga emosi.

Emosi kena digilap selalu.Cara nak menggilap emosi adalah dengan membersihkannya dengan lafaz istighfar, minta ampun pada Yang Maha Esa atas kesalahan-kesalahan lalu atau memberi kemaafan pada sesiapa jua yang Anda rasa bersalah pada Anda dari dulu sampai sekarang. Teknik lain, rajinkan diri selalu mengucap rasa bersyukur atas pemberian Tuhan pada diri Anda, ucapkan syukur atas apa saja.

Orang-orang cemerlang, salah satu sikap mereka adalah cekap mengawal emosi. Setiap kali minda diorang respon pada masalah atau dugaan, mereka tak cepat beremosi.Mereka menghadapinya dengan sabar. Dalam masa yang sama, mencana idea dan strategi untuk berusaha dengan kuat lagi.Masalah, cabaran dan dugaan, letak tepi dulu. Walaupun emosi kita ni macam kaca yang rapuh dan mudah pecah, namun ia boleh dijaga, digilap supaya berkilau.

Dengan itu, kita boleh membentuk peribadi cemerlang supaya kita boleh mencapai kejayaan dalam apa jua yang kita usahakan.Emosi orang cemerlang adalah emosi-emosi positif. Mereka bertenaga, ceria, selalu tersenyum, kaya dengan idea, berwawasan dan paling ketara, optimis.Mereka tahu emosi-emosi positif ini boleh pecah, boleh rapuh diancam oleh emosi-emosi negatif yang mungkin menyerang bila-bila masa.
"Senyuman adalah penceria suasana dan paling penting dengan senyuman mampu
menampakkan wajah anda 7 tahun lebih muda dari usia anda." :)

No comments:

Post a Comment